Wednesday 30 January 2019

Medina Thai Tom Yum Ayer 8 Putrajaya Review

Setiap hari jumaat, kami seringkali menunaikan Solat Jumaat di surau Persint 8 (boleh dikatakan surau rasmi kami untuk solat meskipun bekerja di Cyberjaya) akan tetapi pada beberapa jumaat yang lalu, kami tiba sejam lebih awal di kawasan surau, menyebabkan kami mencari makanan tengah hari terlebih dahulu.

 

Sedang kami berpusing-pusing di Persint 2 Putrajaya, kami telah menemui satu kedai makanan di Ayer 8, diberi nama Restoran Medina Thai Tom Yum. 

Pada asalnya, kami ingin ke kedai lain kerana tiada meja kosong di kedai ini, namun kami bernasib baik kerana terdapat satu kumpulan yang telah habis makan beredar dari meja makan mereka.


~ Medina Thai Tom Yun Ayer 8 Putrajaya Review - The Menu ~

 

Terdapat lebih daripada 50 jenis hidangan yang disediakan disini, semuanya adalah hidangan yang berasaskan masakan Thailand. Agak rambang mata juga kami untuk memilih hidangan di sini, akhirnya terpaksa juga kerana masa tidak mengizinkan dan perut pun sudah kelaparan.

Berikut adalah beberapa makanan yang telah kami pilih, menurut kepada menu yang terdapat di Restoran Medina Thai Tom Yum ini.


 
 
Mee Kung Fu (RM 8.00)~

Ini adalah pesanan yang telah saya pilih, dan juga memeranjatkan saya apabila hidangan ini tiba di meja kami. Hidangan Mee Kung Fu yang saya sangkakan memang jauh berbeza dengan hidangan Mee Kung Fu yang disediakan di Restoran Medina Thai Tom Yum ini.

Kuantiti sayuran, udang dan juga ayam yang diletakkan adalah di dalam kuantiti yang biasa, namun kehadiran seekor udang bersaiz besar di dalam hidangan ini membuatkan hidangan Mee Kung Fu disini menjadi hidangan yang istimewa.

Kuah Mee Kung Fu yang berwarna kemerahan ini bagi saya lebih mendekati rasa kuah Maggi Ketam daripada rasa kuah Mee Kung Fu yang sebenar.

Harga untuk satu hidangan Mee Kung Fu yang disediakan oleh Medina Thai Tom Yum yang terletak di Ayer 8 ini adalah RM 8.00 sahaja.


 
Nasi Khomok (RM 10.00)~

Nasi Khomok yang merupakan menu istimewa di Restoran Medina Thai Tom Yum ini pula seakan-akan Nasi Ayam, tetapi yang membezakan hidangan ini dengan hidangan Nasi Ayam adalah terletak pada ayam yang disediakan.

Ayam yang digunakan hampir menyerupai ayam daripada Ayam Penyet, tetapi ayam ini lebih lembut dan kurang kering. Apabila dituang dengan sos cili Thai yang disediakan bersama-sama di dalam hidangan ini, maka sempurnalah hidangan Nasi Khomok.

Sejujurnya, bagi saya, memang tiada perbezaan pun hidangan ini, namun tetap menjadi Chef Recommendation di dalam menu restoran.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian ringkas dari saya. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment