Monday 7 January 2019

De Pauh Garden Bukit Mertajam Penang Review (Part 1)

Ketika kami menghala keluar dari Pulau Pinang (di tanah besar) pada waktu tengah hari, maka perut yang lapar menyebabkan kami mencari-cari kedai makan yang sesuai dan juga menyediakan masakan tempatan.

 

Sewaktu berada di atas Jambatan Pulau Pinang yang pertama, si isteri tetiba terasa lapar dan menyebabkan saya terpaksa menanyakan pakcik Google untuk lokasi kedai makan yang sesuai dan juga sedap di dalam perjalanan kami pulang.

Maka, antara kedai makan yang dicadangkan adalah Restoran De Pauh Garden yang terletak di Bukit Mertajam, Penang.


~ De Pauh Garden Bukit Mertajam Penang - It's Location ~

 

Berdasarkan kepada Waze, jarak perjalanan ke Restoran De Pauh Garden yang terletak di Bukit Mertajam dari Jambatan Pulau Pinang yang pertama ini mengambil perjalanan kira-kira lebih kurang 20 minit.

Menurut kepada beberapa para blogger tempatan, Restoran De Pauh Garden ini memang menjadi salah sebuah restoran pilihan mereka di sepanjang mereka menginap di kawasan Bukit Mertajam ini.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan dengan anda beberapa hidangan yang disediakan di restoran ini ketika waktu tengah hari.


~ De Pauh Garden Bukit Mertajam Penang Review - Lunch Time ~

 

Terdapat pelbagai jenis makanan yang dihidangkan di Restoran De Pauh Garden ini untuk dijadikan santapan makanan tengah hari bagi penduduk tempatan mahupun kepada para pelancong yang datang untuk melancong mahupun bekerja di Pulau Pinang ini.

Diantara menu-menu yang dihidangkan di Restoran De Pauh Garden Bukit Mertajam adalah seperti dibawah, dimana menu-menu ini mungkin akan berbeza dari hari ke hari mengikut kepada citarasa tukang masak di sini.

 
Hidangan bakar-bakar serta ulam-ulaman~

 
 
 
 
 
Dan juga beberapa jenis hidangan lain yang mengiurkan, termasuk hidangan berkuah~


Secara kesimpulannya, makanan yang disediakan disini pada waktu tengah hari (yang merupakan makanan yang berkonsepkan lauk campur) agak sedap dimakan. 

Memang patut restoran De Pauh Garden ini dimasukkan didalam beberapa blog yang juga merupakan salah satu daripada 10 restoran yang menyediakan hidangan yang sedap di Pulau Pinang.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Untuk bahagian yang kedua pula, saya akan berkongsikan tentang makanan malam yang disediakan di Restoran De Pauh Garden ini, memang lain daripada hidangan yang ditawarkan pada waktu tengah hari.

Jumpa lagi di post yang akan datang. 

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment