Monday 28 January 2019

Warong Aman Shah Sepang Review

Berjalan-jalan menerokai Sepang seringkali menemui kami dengan pelbagai lokasi yang menarik serta kedai makan yang menyediakan hidangan yang sedap di sekitar kawasan Sepang, namun terdapat satu lokasi yang menjadi tumpuan kami pada kali ini.

 

Sewaktu kami melalui kawasan ini, Warung Aman Shah telah menjadi tempat persinggahan kami untuk menikmati hidangan juadah makan tengah hari.

Kedai ini juga merupakan salah satu kedai yang dipilih oleh si isteri kerana mendapat khabar berita mengatakan hidangan yang disediakan di sini semuanya sedap. Kehadiran kami pada kali ini adalah untuk membuktikan kesahihan kenyataan tersebut.


~ Warong Aman Shah Sepang Review - Main Menu ~

 

Di Warong Aman Shah, selain daripada hidangan yang berupa hidangan makanan tradisional (masakan nasi campur), warung ini juga turut menyediakan makanan seperti Nasi Ayam, Mee Sup, Roti Canai, Rojak, dan lain-lain lagi.

Berikut adalah beberapa makanan tengah hari yang telah kami pesan di Warung Aman Shah;


 
 
Rojak Mee dan Rojak Biasa~

Rojak yang disediakan disini agak berlainan dengan rojak yang dihidangkan di kedai-kedai mamak dimana di Warung Aman Shah ini, hidangan rojak ini mengandungi lebih sayuran dan ayam. Rasanya kuah kacangnya pula tidak terlalu pedas, sesuai dimakan oleh mereka yang tidak tahan pedas.

Harga untuk hidangan Rojak adalah RM 4.00 satu hidangan (untuk Rojak Biasa) dan RM 5.00 satu hidangan (untuk Rojak Mee). Ternyata harganya lebih murah daripada sesetengah kedai mamak di kawasan ini.


 
Mee Sup~

Hidangan yang kedua adalah Mee Sup yang berharga RM 7.50 untuk satu hidangan. Agak terperanjat juga kami dengan harga Mee Sup ini sehingga hidangan ini dihantar ke meja kami, baru kami tahu kenapa ianya berharga demikian.

Boleh dikatakan hidangan Mee Sup yang disediakan di Warung Aman Shah ini memang mempunyai banyak ketulan ayam yang dihidangkan sekali di dalam satu hidangan, menyebabkan kami khuatir samada hidangan ini adalah hidangan Mee Sup ataupun hidangan Mee Ayam Sup.

Walau apa pun, sup yang disediakan disini memang terbaik dan sedap, sehinggakan sesuai dijadikan kuah untuk kanak-kanak kecil, namun perlu meminta dari pelayan untuk menghidangkan Mee Sup ini dalam keadaan yang tidak pedas.


 
Cucur Udang~

Hidangan yang ketiga kami cuba di Warung Aman Shah adalah Cucur Udang, yang berharga 60 sen sekeping. Hidangan ini dihidangkan dengan taugeh dan cili yang agak pedas, tidak sesuai untuk kanak-kanak. Namun, rasanya memang sedap.

Antara hidangan lain yang turut disediakan di Warung Aman Shah, beserta dengan harga bagi setiap satu adalah seperti dibawah;

| Nasi Goreng Ayam RM 6 | Nasi Goreng Telur RM 5 | Mee / Mee Hun Goreng RM 5 | Mee Rebus RM 5.50 | Mee / Mee Hun Bandung RM 6 | Mee / Mee Hun Hailam RM 6 | Mee Hun Goreng RM 5 | Mee Hun Rebus RM 6 | 


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment