Wednesday 2 January 2019

Lone Pine Hotel Batu Ferringhi Penang Review (Part 2)

Setelah menerima panggilan daripada pihak hotel yang mengatakan bilik kami telah siap untuk diduduki, maka kami beransur menghala ke lobi utama semula untuk mendapatkan kunci bilik (boleh baca lokasi-lokasi yang kami lihat disekitar Hotel Lone Pine ini di post sebelumnya).

 

Setelah selesai mengambil kunci dari lobi utama, maka kami meneruskan perjalanan kami menghala ke bilik yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan hotel.


~ Lone Pine Hotel Batu Ferringhi Penang Review - The Hotel Room ~

 

Perjalanan menghala ke bilik hotel ini penuh dengan penantian, dimana kami tidak sabar-sabar untuk melihat keadaan bilik yang menjadikan si isteri tersenyum lebar dengan kemudahan yang disediakan didalamnya.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan dengan anda keadaan bilik yang disediakan oleh pihak hotel Lone Pina ini.

 
 
 
 
 
Keadaan bilik tidur beserta beberapa kemudahan lain yang disediakan~


Keadaan bilik tidur ini sangat bersih dan tidak berbau, malah terhidu juga bau-bau segar kebarangkalian daripada pewangi yang disembur oleh pihak hotel ketika mengemas bilik. Seterusnya ke lokasi bilik air pula.

 
 
 
 
 
Kawasan bilik air yang disediakan di dalam bilik~


Meskipun kemudahan yang disediakan disini agak sama dengan hotel-hotel yang lain, namun design dan juga pencahayaan yang dikenakan di dalam bilik menyebabkan suasana di dalam bilik ini nampak ekslusif dan bergaya.

Si isteri siap request untuk saya buat lampu seperti di dalam gambar yang terakhir di rumah, maka saya akan cuba untuk usahakan sebaik mungkin.

Maka, yang mana satu kemudahan yang special disediakan oleh pihak hotel Lone Pine ini sehingga menyebabkan para pelancong sangat suka akan tempat ini?

Kemudahannya digambarkan menerusi gambar dibawah..

 
 
 
Ya, Open Bathtub~


Open bathtub inilah yang membuatkan Hotel Lone Pine ini berbeza dengan hotel-hotel yang lain, dimana di beranda bilik ini juga ditempatkan sebuah kerusi panjang bertujuan untuk berehat-rehat mahupun melihat gelagat si kecil bermain air di bathtub ini.

 
Maka, operasi menghabiskan air hotel bermula~


~ Lone Pine Hotel Batu Ferringhi Penang Review - Other Useful Information ~

 

Terdapat beberapa informasi penting yang anda harus tahu ketika mendiami bilik di Hotel Lone Pine ini, dimana beberapa informasi tersebut saya kongsikan di bawah.

 
 

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Hotel Lone Pine yang terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) bahagian secara keseluruhannya.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment