Wednesday 16 January 2019

Nippon Sushi Bangi Review

Saya agak tertarik dengan beberapa video makanan yang menceritakan berkenaan dengan Restoran Nippon Sushi yang terletak di Bandar Baru Bangi ini, dimana hidangannya dihidangkan dengan menggunakan robot penghantar.

 

Disebabkan rasa ingin mengalami dengan sendirinya hidangan di restoran ini dihantar dengan menggunakan robot penghantar, maka kami telah menjejakkan kaki di Restoran Nippon Sushi di Bandar Baru Bangi ini,

Lokasi Restoran ini terletak berhampiran dengan Restoran Mohd Chan di Bandar Baru Bangi, maka tempat parkirnya juga sangat penuh dan susah untuk mencari kekosongan di sekitar ini.


~ Nippon Sushi Bangi Review - The Light Dishes ~

 

Sama seperti Restoran Jepun yang boleh didapati di sekitar Bandar Baru Bangi, hidangan di Restoran Nippon Sushi ini juga menyediakan hidangan yang sama seperti Sushi, Teppanyaki, Bento dan macam-macam lagi.


 

Gambar diatas merupakan dua (2) jenis laluan dimana laluan bawah adalah dikhaskan untuk hidangan sushi manakala laluan diatasnya pula adalah laluan robot penghantar. Teringin juga saya melihat robot menghantar hidangan yang dipesan, namun terdapat segelintir jenis hidangan sahaja yang menggunakan robot penghantar ini.


 
 

Jenis variasi sushi yang disediakan disini juga lebih kurang sama dan mempunyai lebih daripada 15 jenis sushi. Harga setiap satu adalah berbeza mengikut kod warna; Merah Jambu (RM 2.10 setiap satu pinggan), Oren (RM 3.20 setiap satu pinggan), Merah (RM 4.30 setiap satu pinggan), dan Ungu (RM 5.40 setiap satu pinggan).


~ Nippon Sushi Bangi Review - The Main Dishes ~

 

Kami agak kekeliruan ketika ingin membuat pesanan makanan di Restoran Nippon Sushi, kerana jenis hidangan yang ditawarkan memang banyak dan juga menarik daripada jenis hidangan nasi ke hidangan bento ke hidangan ramen.

Disebabkan kekeliruan identiti untuk memilih hidangan disini, maka kami memilih pesanan yang biasa kami pilih terlebih dahulu.


 
 
Don Gyudon~

Don Gyudon yang disediakan di Restoran Nippon Sushi ini disediakan dengan kuantiti yang agak banyak berbanding dengan Restoran Jepun yang lain. Nasinya yang banyak, serta hirisan dagingnya yang disediakan juga agak banyak menyebabkan hidangan ini berharga RM 17.30 untuk satu hidangan.

Menarik tentang hidangan ini, daging yang disediakan amat lembut serta terasa kemanisan bagi setiap daging yang disediakan. Ini adalah kewujudan sejenis sos yang dituang diatas daging tersebut yang menyebabkan ianya berasa manis, seakan-akan rasa seperti sos soya manis.

Hidangan yang disediakan bersama-sama Miso Soup ini juga turut mempunyai telur goyang yang disekalikan di dalam hidangan nasinya. Nasinya pula memang tidak melekat diantara satu sama lain, sama seperti nasi di Jepun.


 
 
Chicken Teppanyaki~

Hidangan yang menjadi pilihan saya pula adalah set Chicken Teppanyaki yang berharga RM 18.12 untuk satu hidangan, dimana set ini didatangi dengan nasi putih, ayam panggang teppanyaki, sayuran dan Miso Soup.

Apabila saya memesan hidangan seperti ini, pertama sekali yang saya akan rasa adalah kuah ayam teppanyaki yang dilumurkan bersama-sama dengan ketulan ayam panggangnya. Rasanya yang agak manis dan kurang pedas, sesuai untuk dijadikan hidangan bagi mereka yang tidak tahan pedas.

Ayam yang disediakan sememangnya lembut dan mengeluarkan jus ketika menggigitnya, menyebabkan ianya senang untuk dimakan. Tambahan pula, hidangan ini tidak mempunyai tulang ayam, yang membuatkan hidangan ini lebih berbaloi untuk dimakan.

Selain daripada itu, hidangan sayuran yang disediakan terasa juga kemanisan dan keempukkan apabila menikmatinya. Meskipun ianya turut dipanggang di atas kuali, namun masih terasa keranggupan pada setiap gigitan (ini bermaksud sayur yang disediakan tidak dipanggang dengan lama, menyebabkan hilangnya keranggupan sayuran tersebut).

Bagi saya, hidangan Chicken Teppanyaki ini memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment