Wednesday 9 January 2019

De Pauh Garden Bukit Mertajam Penang Review (Part 2)

Di bahagian yang pertama, saya lebih berkongsikan tentang hidangan yang disediakan di Restoran De Pauh Garden Bukit Mertajam ketika waktu tengah hari (untuk makanan tengah hari) yang berupakan hidangan nasi campur.

 

Suasana makanan malam di Restoran De Pauh Garden Bukit Mertajam ini agak riuh, dengan kehadiran ramai pelanggan-pelanggan yang datang dari merata tempat.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh didapati di Restoran De Pauh Garden, yang tidak dapat saya rasai di siang hari, menjurus kepada hidangan masakan panas, western, dan lain-lain.


~ De Pauh Garden Bukit Mertajam Penang Review - The Nightlife Dinner ~

 

Hanya boleh didapati di waktu malam, beberapa makanan yang unik dan juga mengiurkan menanti kami di Restoran De Pauh Garden yang terletak di Bukit Mertajam ini. Lebih daripada 80 jenis makanan yang boleh dirasai disini, daripada makanan berunsurkan masakan barat sehingga makanan masakan ala-ala Thai.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan makanan-makanan yang telah kami nikmati di Restoran De Pauh Garden ketika di waktu malam.



 
DPG Cheese Burger Special~

Seperti di dalam gambar, hidangan ini adalah hidangan yang direkomenkan di sini, terdiri daripada 2 keping daging burger lembu, sekeping roti sebagai pengalas daging burger, cheese yang meleleh (memang banyak) dan juga sedikit sayuran salad untuk mengimbangi diet pemakanan (sebenarnya cukup syarat bagi nampak sayur saja).

Sahabat saya yang memesan pesanan ini pun tidak dapat menghabiskan hidangannya, kerana dengan kehadiran keju yang banyak, makanan ini menjadi cepat muak kepada yang tidak biasa.

Selain daripada itu, hidangan ini juga turut dihidangkan dengan jejari kentang dan sos cili (bagi yang suka memakan sos cili bersama-sama dengan burger dan juga jejari kentang).

Harga untuk hidangan DPG Cheese Burger Special ini adalah RM 9.90 untuk satu hidangan.



 
Koay Teow Goreng Kungfu~

Pesanan ini juga telah dibuat oleh salah seorang sahabat saya yang ingin merasai perbezaan hidangan Koay Teow Goreng Kungfu ini berbanding dengan Koay Teow Kungfu yang biasa kita makan di kebanyakan kedai-kedai di seluruh Semenanjung Malaysia.

Menurut kepada komen beliau, makanan ini biasa sahaja, sama seperti hidangan Koay Teow Kungfu yang boleh didapati di kedai makan yang lain. Kuantitinya pula lebih kurang sama.

Harga untuk hidangan Koay Teow Goreng Kungfu ini adalah RM 9.90 untuk satu hidangan.


 
 
 
 
 
Aneka hidangan panas yang berasaskan Nasi~

Bagi saya yang juga merupakan rakyat marhain, bersama-sama dengan dua (2) lagi sahabat saya telah memesan masakan berunsurkan Nasi Berlauk (maklumlah, masing-masing kelaparan selepas penat bekerja di Penang).

Hidangan-hidangan yang telah kami pesan, beserta dengan harganya, menurut urutan gambar adalah seperti dibawah;



Ayam Goreng Kung Pao 
RM 8.50 untuk saiz kecil, RM 16.50 untuk saiz sederhana, dan RM 24.00 untuk saiz besar

Tom Yam Merah Campur
RM 8.90 untuk saiz kecil, RM 17.50 untuk saiz sederhana, dan RM 26.00 untuk saiz besar

Ayam Masak Halia
RM 8.20 untuk set bersama Nasi Putih, RM 8.90 untuk set bersama Nasi Goreng

Cendawan Goreng
- Maaf, tidak ingat harganya -

Kailan Goreng Ikan Masin
RM 6.00 untuk satu hidangan


Secara kesimpulannya, hidangan yang telah kami pilih dan mengamati makanan masakan panas di Restoran De Pauh Garden ketika di waktu malam memang merupakan satu pengalaman bagi saya kerana memang banyak menu yang ditawarkan disini (termasuk sate).

Untuk hidangan masakan panas disini, memang sedap dan menyebabkan kami bertambah nasi ketika menjamu hidangan-hidangan diatas, kemungkinan disebabkan kelaparan yang juga salah satu daripada faktornya.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

1 comment: