Monday 14 January 2019

Farrel's Dinner Shaftbury Cyberjaya Review

Restoran Farrel's Dinner yang terletak di Shaftbury Cyberjaya ini merupakan sebuah restoran yang baru sahaja dibuka, mengambil alih lokasi dan tempat sebuah restoran Burger Factory yang dikatakan servis menyediakan makanannya yang lambat menyebabkan ramai pelanggan telah memboikot restoran tersebut.

 

Kini, Restoran Farrel's Dinner ini menjadi salah satu daripada restoran yang kami lawati bagi sebarang upacara kecil-kecilan seperti sambutan hari lahir untuk sahabat-sahabat terapat sahaja.

Pelbagai jenis hidangan yang menarik ditawarkan di Farrel Dinner ini, dimana saya tidak sabar-sabar untuk berkongsikan dengan anda semua.


~ Farrel's Dinner Shaftbury Cyberjaya Review - The Dinner's Dishes ~

 
 

Pizza sudah semestinya menjadi pilihan apabila makan beramai-ramai disamping menyambut hari lahir seseorang, dengan berdasarkan kepada bajet, amat mencukupi sekadar mengisi kekosongan perut.

Di Farrel's Dinner ini, terdapat dua (2) jenis pizza yang berbeza saiznya; iaitu Charcoal or Normal Pizza ataupun Jumbo Giant Pizza 15/20 Inch (sesuai dimakan seramai enam (6) hingga lapan (8) orang.

Terdapat pelbagai pilihan yang boleh dipilih sebagai toppings di atas pizza; Crazy Meat, Chicken and Mushroom, Fried Fish and Smoked Salmon, Spicy Lamb Pizza, and Seafood Pizza, dimana setiap satu toppings ini mempunyai harganya yang tersendiri.

Rasanya memang memuaskan bagi para peminat pizza, jika dibandingkan dengan pizza dari Dominos ataupun Pizza Hut, kuantiti barangan yang boleh didapati diatas Pizza di Farrel's Dinner ini memang lebih baik (harga pun lebih mahal).



 
Seafood Aglio Olio~

Selain daripada hidangan Pizza, terdapat juga hidangan yang berbentuk mee seperti hidangan diatas; Seafood Aglio Olio yang mampu membuatkan poket anda menipis dengan lajunya dimana satu hidangan diatas ini berharga RM 34.00.

Menariknya tentang hidangan Seafood Aglio Olio yang disediakan di Farrel's Dinner ini, selain daripada spaghetti yang digoreng bersama-sama dengan beberapa makanan laut yang lain, terdapat juga seekor udang galah yang amat besar, boleh dikatakan hampir satu-per-empat saiz pinggan, dibakar khas untuk menu ini.

Rasanya secara purata memang sedap, dengan rempah ratus yang dimasukkan sekali sewaktu menggoreng spaghetti. Namun, terdapat sedikit kekurangan di dalam hidangan ini dimana spaghetti yang disediakan tidak cukup lembut (terasa sedikit keras).

Yang lain, just perfect!



 
Enchiladas~

Bagi yang datang untuk bersantai-santai sambil menikmati hidangan yang ringan, maka hidangan yang diberi nama Enchilades menjadi daya tarikan di Farrel's Dinner. 

Hidangan yang berunsurkan roti Tortilla ini dihidangkan bersama-sama dengan jejari kentang beserta dengan keju cair, menjadikan hidangan ini tidak mampu untuk mengenyangkan perut pelanggan yang mempunyai nafsu makan yang sangat hebat seperti saya.

Harga untuk satu hidangan Enchiladas ini hanya RM 20.00 sahaja.


 
Japanese Hot and Spice Lamb~

Makanan fusion yang menggabungkan masakan Jepun dan juga masakan tradisi (sebenarnya saya nampak seperti makanan Malaysia sepenuhnya, akan tetapi yang membezakannya adalah kuah yang disediakan), diberi nama Japanese Hot and Spice Lamb ini terdiri daripada Nasi Goreng, Telur Mata, Salad dan juga Daging Kambing.

Kadang-kala saya turut terfikir mengapa Farrel's Dinner menamakan menu ini sebagai sebuah menu masakan Jepun. Adakah disebabkan oleh penyampaian hidangan ini yang menunjukkan ianya mempunyai ciri-ciri hidangan tersebut?

Walau apa pun, hidangan ini tidaklah sepedas yang saya sangka, namun ianya cukup pedas bagi mereka yang tidak tahan akan kepedasan.

Harga bagi satu hidangan Japanese Hot and Spice Lamb ini berharga RM 19.00 sahaja.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Restoran Farrel's Dinner yang terletak di Shaftbury Cyberjaya. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

1 comment:

  1. Pizza dia nampak tempting sangat. Lama x pg ke Shaftsbury. Burger Factory sebelum ni pun x pernah try.

    ReplyDelete