Wednesday 23 January 2019

Sungai Bunah Janda Baik Review

Sungah Bunah yang terletak di Janda Baik Pahang ini adalah salah satu daripada sungai yang menjadi tempat rekreasi penduduk tempatan untuk bermandi-manda serta ada juga yang menjadikannya sebuah lokasi untuk beriadah bersama keluarga.

 

Dari Cherengin Hills Convention and Spa Resort, jarak ke Sungai Bunah ini tidaklah jauh kerana ianya lebih kurang 2 minit sahaja dengan menaiki kereta.


~ Sungai Bunah Janda Baik Review - The River ~

 

Kawasan Sungai Bunah ini amat sesuai untuk dijadikan lokasi beriadah kerana mempunyai permukaan yang landai dan juga tidak terlalu dalam. Namun, terdapat beberapa bahagian yang dalam tidak sesuai untuk kanak-kanak, maka kami mencari kawasan yang lebih sesuai untuk si kecil.


 
 


Kami sempat juga menyusun beberapa batu-batu untuk menjadikan kawasan ini kurang deras, serta cubaan untuk menyusun batu-batu diatas satu sama lain, namun memang ternyata agak sukar. Maka, bermain airlah kami selama dua (2) hingga tiga (3) jam disini.

 
 
 
 
Bermain pasir dan air adalah permainan kanak-kanak dan bapa kepada kanak-kanak juga~


~ Sungai Bunah Janda Naik Review - The Nearest Stall ~


 

Setelah penat bermandi-manda di Sungai Bunah, demi mengisi perut si kecil yang sudah mula tidak tentu arah kelaparan ini, terdapat beberapa buah gerai kecil yang boleh di dapati berhampiran dengan Sungau Bunah ini.

Meskipun jam sudah menunjukkan pada 6.00 petang, namun pada waktu ini, daripada lebih kurang 7 buah kedai, hanya 2 buah kedai sahaja yang buka.

Bagi kedai burger pula, menurut kepada penduduk di sini, ianya akan dibuka selepas waktu maghrib, iaitu selepas jam 7.30 malam.



**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment