Monday 21 January 2019

Cherengin Hills Resort Janda Baik Review (Part 2)

Bahagian yang kedua berkenaan dengan post Cherengin Hills Convention and Spa Resort ini lebih menceritakan aktiviti-aktiviti lain yang telah kami lakukan di sini, selain berada di dalam bilik untuk berehat.

 

Bahagian yang pertama lebih kepada perkongsian keadaan hotel dan juga bilik yang disediakan, dimana anda boleh melihat dan membacanya melalui pautan ini >klik disini<

Tanpa membuang masa, saya kongsikan aktiviti yang telah kami lakukan disini.


~ Cherengin Hills Resort Janda Baik Review - The Swimming Pool ~

 

Aktiviti yang pertama yang boleh dilakukan disini adalah bermandi-manda di kolam renang, terletak berhampiran dengan bilik kami. Memang luas kolam renang yang disediakan disini, dibahagi kepada dua (2) bahagian; bahagian dewasa dan kanak-kanak.


 
 

Selain daripada itu, terdapat beberapa maklumat penting yang harus diketahui sebelum memasuki kolam renang ini. Saya ringkaskan beberapa perkara di bawah.


 

1. Kolam renang dewasa mempunyai kedalaman 1.5 meter, dan harus diawasi oleh orang dewasa sekiranya terdapat kanak-kanak ikut bersama.

2. Kolam renang dibuka bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam, khas untuk penghuni hotel sahaja.

3. Dilarang buat aktiviti-aktiviti yang bahaya ketika berada di dalam kolam renang.

4. Pakai pakaian yang bersesuaian ketika berada di kawasan ini.


~ Cherengin Hills Resort Janda Baik Review - Night Strolling ~

 

Selain daripada bermandi-manda di kolam renang hotel, di waktu malam, kawasan di persekitaran hotel ini dipenuhi dengan nyalaan lampu LED yang memberikan satu perasaan yang indah dan cantik bagi kami.

Namun, tidak banyak lokasi seperti ini, dimana hanya di kawasan Lobi Utama Hotel sahaja yang mempunyai suasana seperti ini.


~ Cherengin Hills Resort Janda Baik Review - Dinner Time ~

 

Makan malam kami di Janda Baik pada kali ini bertempat di Gelugor Garden Cafe, di dalam Cherengin Hills Convention and Spa Resort ini sendiri. 

Hidangan makan malam yang disediakan disini adalah berbentuk buffet dan setiap seorang yang ingin menikmati hidangan makan malam disini perlu membayar sebanyak RM 15.00 seorang (hanya untuk orang dewasa, kanak-kanak makan percuma).

Berikut adalah beberapa gambar makanan malam yang disediakan di Cherengin Hills Convention and Spa Resort, di Gelugor Garden Cafe.


 
Bubur Jagung~

 
 
Nasi putih berlauk sebagai menu utama~

 
Dan beberapa hidangan manisan seperti buah-buahan, kek dan puding~


Pernah terjadi dimana hidangan yang disediakan habis, dan pihak pengurusan cafe telah menggantikan hidangan tersebut dengan hidangan yang baru dimasak (namun menunya juga berbeza).

Secara keseluruhan, hidangan malam yang disediakan disini adalah berbaloi dengan harga yang ditawarkan, disebabkan kami juga beranggapan bahawa makan malam di sekitar Janda Baik ini lebih mahal daripada makan di sini.


~ Cherengin Hills Resort Janda Baik Review - Breakfast ~

Sarapan pagi juga turut disediakan oleh pihak hotel di lokasi yang sama, di Gelugor Garden Cafe. Kali ini, hidangan yang disediakan adalah berbeza jika dibandingkan dengan menu hidangan malam.

Berikut adalah menu sarapan pagi yang disediakan oleh pihak pengurusan cafe. 

 
Bubur~

 
 
Pelbagai jenis nasi dan lauk-lauk~

 
Roti Corner~

 
 
Minuman sejuk dan panas turut disediakan~

Secara keseluruhannya, hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel ini agak simple, namun ianya mencukupi untuk mengisi perut yang kekosongan di awal pagi sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya.



**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment