Kami sekeluarga sering kali membuat keputusan yang tergempar, lebih-lebih lagi keputusan untuk pergi bercuti pada hujung minggu tanpa sebarang perancangan yang terperinci, dimana salah satu daripada keputusan ini telah membawa kami semula ke Janda Baik yang kali terakhir kami datang melawat kawasan ini adalah empat (4) hingga lima (5) tahun yang lalu.
Keputusan kami untuk ke Janda Baik pada kali ini agak special, kerana ingin melarikan diri daripada mercun yang dinyalakan dan diletupkan sewaktu Tahun Baru Cina baru-baru ini. Maklumlah, kiri kanan jiran majoritinya adalah rakyat yang menyambut perayaan tersebut.
Hotel yang kami duduki pada kali ini adalah di Cherengin Hills Convention and Spa Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang dimana saya membuat tempahan bilik secara online menerusi aplikasi Agoda.
Cherengin Hills Convention and Spa Resort ini terletak di kawasan atas bukit, membolehkan kami melihat pemandangan di sekitar Pekan Janda Baik ini dari kawasan yang tinggi. Kami tiba di Cherengin Hills Resort ini sewaktu tengah hari dan sudah tiba masanya untuk mendaftar masuk ke dalam bilik hotel.
Kawasan pendaftaran masuk ke hotel terletak di kawasan dengan Lobi Utama, dimana kawasan ini agak luas dengan pelbagai jenis informasi berkenaan dengan aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar Janda Baik, selain daripada aktiviti rutin yang biasa dilakukan seperti memandi sungai dan jungle tracking.
Selain daripada aktiviti-aktiviti yang telah saya sebut diatas, di Janda Baik ini juga, anda boleh melakukan aktiviti sukan lasak seperti memanah, paintball malah team building (dianjurkan oleh pihak pengurusan hotel sekiranya anda ingin melakukan Family Day disini).
Sementara menunggu mendaftar masuk ke dalam bilik yang telah disediakan, kepada yang membawa anak-anak kecil tidak perlu risau kerana terdapat kawasan yang luas untuk mereka berlari-lari dan berguling-guling di atas karpet, serta rumah papan kecil kepada mereka yang sukakan permainan rumah-rumah.
Selain daripada menyediakan kawasan yang luas untuk kanak-kanak, pihak pengurusan hotel juga turut menyediakan minuman penyambut tetamu yang datang untuk menginap di hotel ini. Pada hari kami datang, minuman yang disediakan adalah Laici Lemon.
~ Cherengin Hills Resort Janda Baik Review - The Hotel Room ~
Bilik hotel yang disediakan oleh pihak pengurusan kepada kami terletak berhampiran dengan kolam renang, dimana bagi kami memudahkan kami untuk melaksanakan aktiviti mandi kolam pada waktu petang (tengah hari di kawasan ini agak terik, tidak sesuai untuk mandi kolam renang).
Laluan menuju ke bilik hotel agak simple dan tidak mempunyai sebarang corak-corak seperti hotel bertaraf 4 bintang. Namun bagi kami, cara dinding ini dicat (gelap dibawah, terang diatas) adalah untuk mengelakkan nampak kotoran di bahagian bawahnya akibat digesel dengan tapak kasut.
Akhirnya, kami sampai di bilik yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan hotel. Seterusnya adalah perkongsian gambar di dalam bilik hotel ini, seperti beberapa kepingan gambar dibawah.
Dua katil single yang telah digabungkan menjadi saiz queen~
Kawasan meja kerja dengan TV~
Beberapa peralatan yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel~
Kawasan letak kasut dan lain-lain lagi~
Seterusnya adalah kawasan bilik air pula~
Bilik air yang agak simple~
Secara keseluruhan, bilik hotel yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel kepada kami memang memuaskan dari segi kebersihan dan juga kekemasan, ditambahkan pula bilik ini tidak berbau (tiada bau masam mahupun busuk ketika masuk ke dalam bilik ini pertama kali).
**********
Pada post yang seterusnya, saya akan berkongsikan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang telah kami lakukan termasuk dengan makanan yang telah kami makan sewaktu berada di hotel ini.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment