Kami seringkali menjelajah ke sekitar Kajang dan juga Bangi untuk mencari kedai-kedai masakan Thai untuk kami merasai dengan sendirinya aneka menu Tomyam yang disediakan disini, disamping menikmati hidangan makanan yang lain.
Kedai Makan Doll Tomyam yang terletak berhampiran dengan simpang tiga Kampung Sungai Balak Kajang ini dikatakan menyediakan Tomyam yang sedap, dan cukup pedas bagi peminat tomyam yang memang sukakan hidangan tomyam yang disediakan disini.
Tanpa membuang masa, saya kongsikan pengalaman kami menikmati makan malam di Kedai Makan Doll Tomyam ini.
Disebabkan apa yang kami cari adalah Tomyam, maka saya akan berkongsi terlebih dahulu hidangan Tomyam yang disediakan di Kedai Makan Doll Tomyam ini. Gambaran Tomyamnya adalah seperti diatas.
Sekali tengok keadaan Tomyam yang disediakan di sini, sudah semestinya di dalam fikiran mengatakan tomyam ini adalah pedas dengan warna kuah tomyamnya yang kelihatan merah keemasan ini (mungkin disebabkan di waktu malam, warna kuah tomyam ini kelihatan seperti ini).
Namun, apabila kami rasa (terutamanya si isteri yang gilakan hidangan tomyam ini), beliau menyatakan yang hidangan ini kekurangan sesuatu, seperti kurang rempah yang diletakkan di dalamnya. Ini bermaksud, hidangan tomyam yang disediakan disini adalah cair.
Disebabkan hidangan tomyam yang kami pilih adalah Tomyam Campur, maka kandungan isi tomyam ini terdiri daripada campuran daging ayam dan lembu, serta beberapa ekor udang dan hirisan sotong. Kandungan isi juga memuaskan, boleh dikatakan banyak (walaupun yang banyak itu adalah sayur-sayuran).
Hidangan makanan lain yang telah kami pesan adalah Ayam Goreng Kunyit (gambar pertama), Telur Dadar (gambar kedua) dan juga tidak dilupakan adalah Kailan Ikan Masin (gambar ketiga).
Rasa setiap satu hidangan diatas memang memenuhi citarasa dan juga nama yang diberikan. Ayam goreng kunyit nya yang terasa kunyit, dan kailan ikan masin nya yang terasa kemasinan daripada ikan masin yang digoreng sekali.
Tambahan pula, di Kedai Makan Doll Tomyam ini juga turut menyediakan makanan ringan iaitu Otak-otak, dimana otak-otak yang disediakan dan dijual disini juga terasa kepedasannya, ditambah pula rasa serai yang boleh dirasai apabila memakannya.
Secara keseluruhannya, kami telah memesan hidangan untuk makan malam disini; Nasi Putih 3 pinggan, Tomyam Campur, Telur Dadar 2 set, Kailan Ikan Masin, Ayam Goreng Kunyit, Sup kosong, Otak-otak (sebanyak 10 keping), Air Suam 2 cawan, Air kosong, Bandung Suam dan Teh O Ais yang telah memakan belanja sebanyak RM 44.30.
Harga untuk sekeping Otak-otak yang dijual disini adalah RM 1.00. Namun, apa yang memeranjatkan kami, untuk Sup Kosong dan juga Sambal Belacan juga diambil kira dimana harga untuk Sup Kosong adalah 50 sen dan Sambal Belacan adalah 80 sen.
Harga untuk sekeping Otak-otak yang dijual disini adalah RM 1.00. Namun, apa yang memeranjatkan kami, untuk Sup Kosong dan juga Sambal Belacan juga diambil kira dimana harga untuk Sup Kosong adalah 50 sen dan Sambal Belacan adalah 80 sen.
Kami ingatkan percuma...
**********
Secara kesimpulannya, bagi anda yang ingin ke Kedai Makan Doll Tomyam ini, terdapat beberapa kos yang tersembunyi yang perlu anda tahu seperti yang telah saya kongsikan di dalam post diatas.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment