Friday, 25 January 2019

Empress Hotel Sepang Review

Menginap di Empress Hotel yang terletak di Sepang ini adalah merupakan satu kejutan yang saya buat bagi Irfan dan Izzat yang gemar untuk mandi kolam renang, dan tidak habis-habis memujuk untuk duduk di hotel.

 

Hotel Empress yang terletak di Bandar Salak Tinggi ini sebenarnya terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kira-kira 15 minit ke KLIA1 dan KLIA2.

Kebanyakkan pengunjung yang menginap di Hotel Empress ini bertujuan untuk berehat sementara menunggu waktu penerbangan masing-masing.


~ Empress Hotel Sepang Review - The Main Lobby ~

 

Sebaik sahaja kami tiba di Hotel Empress ini, keadaan hotel yang agak kosong terutama di kawasan lobi utama. Namun, pihak pengurusan hotel tetap menyediakan minuman penyambut tetamu di kawasan ini.

Kawasan lobi utama di Hotel Empress ini tidaklah begitu luas, dan ruangan menunggunya juga agak terhad. Namun, dengan hiasan Tahun Baru Cina 2019, kawasan ini kelihatan berseri-seri dengan warna merah.

 

Terdapat beberapa informasi yang penting yang perlu anda tahu sekiranya ingin menginap di Hotel Empress ini, dimana pihak hotel menyediakan juga pekej penginapan yang sekejap (untuk jangka masa 4 jam dari jam 10 pagi hingga 6 petang) dengan harga yang berpatutan seperti gambar diatas.

 

Setelah pendaftaran masuk selesai, dan selesai menikmati minuman yang disediakan, maka kami terus menuju ke bilik yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan hotel.


~ Empress Hotel Sepang Review - The Hotel Room ~

 

Ruangan menuju ke bilik hotel di Hotel Empress ini bertemakan warna merah maroon sebagai karpet, manakala dindingnya yang berwarna putih dan pencahayaan yang berwarna Warm Light ini membuatkan kawasan ini kelihatan malap dan sempit.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan dengan anda bilik hotel (bersaiz queen) yang telah disediakan oleh pihak pengurusan hotel.

 
 
 
Kemudahan yang penting, disediakan oleh pihak hotel~

 
 
Bilik air yang cukup syarat, tidak mempunyai bathtub~

 
 
Beberapa sistem keselamatan yang turut disediakan~

 
Siaran TV yang disediakan, tetapi tiada yang sesuai untuk kanak-kanak~

 
Menu makanan yang boleh dipesan dari dalam bilik. Harga pun boleh tahan~

 
Diakhiri dengan pemandangan yang hijau dari tingkap bilik~


Secara keseluruhan, bilik hotel yang disediakan di Hotel Empress ini tidak berbau dan memang sesuai bagi mereka yang menginap di sini sebagai lokasi transit untuk ke destinasi yang seterusnya.


~ Empress Hotel Sepang Review - The Facilities ~

 

Apabila cuaca mulai mendung, maka kami meneruskan aktiviti yang dinanti-nantikan oleh si kecil, iaitu bermandi-manda di kolam renang yang terletak di tingkat teratas bangunan Hotel Empress ini.

 
 

Kolam renang di sini terbahagi kepada dua (2) bahagian; bahagian kanak-kanak dan juga bahagian dewasa. Sewaktu kami tiba di kawasan ini, kira-kira jam 6 petang, tiada sesiapa pun yang sedang bermandi-manda di kolam renang ini, menyebabkan kami terpaksa menakluki kolam ini sehingga waktu tutupnya iaitu pada jam 7 malam.

 

Tempat duduk atau menunggu kanak-kanak bermandi-manda juga disediakan di sekitar kolam renang, namun kuantitinya tidaklah begitu banyak.

 

Selain daripada kemudahan kolam renang, berhampiran dengan kolam renang ini, terdapat juga gymnasium yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel, namun ianya telah ditutup diatas hal-hal yang tertentu.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment