Kebanyakan kedai di Batu Ferringhi di waktu malam menyediakan pelbagai hidangan western disebabkan oleh kebanyakkan para pelancong yang datang ke kawasan ini adalah merupakan pelancong dari luar negara.
Dan rata-rata kedai yang menjual makanan seperti ini turut menjual minuman keras dan juga menyediakan sewaan shisha, dimana memang tidak sesuai bagi kami yang beragama Islam ini.
Terletak tidak jauh daripada Petronas Batu Ferringhi terdapat beberapa kedai yang menyediakan masakan berunsurkan goreng-goreng panas, menjadi lokasi kami menikmati makanan malam disini.
Hampir kesemua menu yang disediakan disini merupakan menu hidangan goreng dan masakan yang panas, daripada makanan yang berunsurkan nasi sehingga ke makanan yang berunsurkan mee. Untuk kali ini, kami mencuba dua (2) jenis menu yang disediakan disini.
Nasi Pattaya (untuk anak kecil yang tidak tahan pedas)~
Nasi Pattaya yang digoreng khas untuk tidak pedas, dan juga tidak mempunyai sayuran ini memang bersesuaian dengan anak-anak kecil yang kuat makan nasi. Rasa Nasi Pattaya yang disediakan disini tidaklah terlalu sedap, namun ianya mampu untuk mengisi perut mereka daripada kelaparan.
Harga bagi Nasi Pattaya ini adalah RM 7.00 sahaja (walaupun ianya disediakan untuk kanak-kanak).
Char Koey Teow Biasa dan Special~
Hidangan yang kedua adalah merupakan Char Koey Teow, dimana kami telah memesan dua (2) jenis Char Koey Teow iaitu Biasa dan juga Special. Yang membezakan kedua-dua hidangan ini adalah kehadiran telur mata di atas hidangan Char Koey Teow Special yang memberikan kebezaan harga yang agak besar.
Harga Char Koey Teow Biasa adalah RM 5.00 sehidangan manakala harga untuk Char Koey Teow Special pula adalah RM 7.00 sehidangan. Memang tidak berbaloi untuk memesan Char Koey Teow Special di kedai ini.
Untuk rasanya pula, setiap hidangan Char Koey Teow ini agak lazat dan memang menjadi kegilaan Izz Izzat Shah yang memang peminat tegar Char Koey Teow.
~ Zarie Laksa House Batu Ferringhi Review - Other Menu ~
Terdapat juga makanan lain yang disediakan berhampiran dengan kedai makan Zarie Laksa House ini, seperti kedai sate ini. Harga sate yang ditawarkan disini dalah RM 0.90 untuk satu cucuk samada untuk daging lembu mahupun daging ayam.
Hidangan sate yang disediakan disini juga agak sedap dan sama besar jika dibandingkan dengan sate yang lain (serta dibandingkan berdasarkan saiz sate tersebut), namun ianya masih tidak dapat menandingi rasa yang disediakan oleh Sate Willy di sekitar Kajang.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment