Monday 18 February 2019

Mr Manshor Kopitiam Senawang Review

Kedai Kopitiam Mr Manshor yang terletak di Senawang ini memang menjadi pusat tumpuan para penunggang motorsikal "Bikers" di hujung minggu.

 

Lokasi Kedai Kopitiam Mr Manshor ini sebenarnya terletak di sempadan Bandar Senawang dan juga Bandar Seremban, disambungkan dengan Lebuhraya Lekas.

Agak pelik juga saya apabila sahabat saya mengajak kami untuk menikmati hidangan kopi yang disediakan disini, katanya kopi yang disediakan adalah sedap dan pekat.


~ Mr Manshor Kopitiam Senawang Review - The History ~

 

Menurut kepada salah silah keluarga kopi yang disediakan di Kedai Kopitiam Mr Manshor, kopi yang disediakan ini telah wujud di Melaka sejak tahun 1957, dan orang yang pertama dari kalangan orang yang ternama yang telah menikmati hidangan ini adalah Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Menurut informasi yang tertera di papan tanda di atas, kopi yang paling sedap dan paling mahal boleh didapati disini dimana sekiranya ke Hotel bertaraf 5 bintang, harganya boleh mencecah RM 300.00 secawan.

 

Inilah papan yang menjadi rebutan para Bikers untuk menampal lambang mereka di kedai ini, menandakan yang mereka telah berjaya menjejaki kaki di Kedai Kopitiam Mr Manshor ini. Rata-rata kira-kira lebih daripada 100 jenis sticker bikers telah ditampalkan di papan ini.


~ Mr Manshor Kopitiam Senawang Review - The Coffee ~

 

Mempunyai lebih kurang 25 jenis kopi dan teh yang disediakan di Kedai Kopi Mr Manshor, menu kopi yang telah menjadi pilihan saya adalah Kopitiam Power yang berharga RM 8.00 (panas) untuk satu cawan (seperti di dalam gambar) dan RM 9.00 (sejuk) untuk satu cawan.

Sekali rasa, memang pekat dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh anak tekak dengan kepekatan yang disediakan di dalam satu cawan yang kecil ini. Bukan sahaja pekat, namun ianya juga agak pahit jika dibandingkan dengan kepekatan kopi yang disediakan di kedai kopi yang biasa.

Selain daripada Kopitiam Power yang sudah sememangnya power, berikut adalah jenis kopi yang agak terkenal, turut disediakan di kedai ini.


| Kopitiam Kacip Fatimah | Kopitiam Walet | Walet Cocao |
| RM 8.00 (Panas) / RM 9.00 (Sejuk) |

| Kopitiam Medic |
| RM 11.00 (Panas) / RM 12.00 (Sejuk) |

| Kopitiam Badam Kurma |
| RM 15.00 (Panas) / RM 16.00 (Sejuk) |

| Kopitiam Extra Power |
| RM 17.00 (Panas) / RM 18.00 (Sejuk) |


 

Selain daripada kopi, di Kedai Kopitiam Mr Manshor ini juga turut menyediakan Roti Bun yang sedap juga, khususnya bagi mereka yang ingin mencicah roti ini bersama-sama dengan kepekatan Kopitiam ini.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment