Friday 22 February 2019

Restoran Dangau Rimba Tanjung Karang Review

Apabila pulang ke kampung halaman si isteri yang terletak di Sekinchan, kami seringkali terlihat Restoran Dangau Rimba yang terletak di Tanjung Karang ini namun kami beranggapan bahawa kedai ini adalah kedai biasa sahaja.

 

Tetapi, apabila seringkali lalu di kawasan ini, hati mula memujuk untuk menyinggah di Restoran Dangau Rimba ini, tidak disangka pula ianya menyediakan banyak hidangan yang mengikut citarasa penduduk setempat.

Tanpa membuang masa lagi, saya kongsikan hidangan-hidangan lazim yang biasanya disediakan Restoran Dangau Rimba yang terletak di Tanjung Karang ini.


~ Restoran Dangau Rimba Tanjung Karang Review - The Menus ~

 

Seperti yang saya maklumkan diatas, selain daripada hidangan ikan bakar yang terkenal di kawasan sekitar Kuala Selangor, Tanjung Karang dan juga Sekinchan, terdapat juga hidangan kampung yang turut disediakan di Restoran Dangau Rimba ini.

Diantara hidangan yang disediakan di restoran ini adalah seperti berikut.

 
 
 
Hidangan berunsurkan Rempah Ratus seperti Kari, Kurma dan lain-lain~

 
Jenis-jenis Lauk Kerabu~

 
Aneka Gulai yang pasti menyebabkan kekeliruan~

 
Dan menu rasmi saya yang pasti saya akan pilih, Asam Pedas~


Secara kesimpulannya, hidangan yang disediakan di Restoran Dangau Rimba yang terletak di Tanjung Karang ini memang sedap, sehinggakan kebanyakkan penduduk setempat menghadirkan diri untuk menjamu selera ketika di waktu makan tengah hari.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian pendek saya berkenaan dengan Restoran Dangau Rimba yang terletak di Tanjung Karang ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment