Monday 11 February 2019

Skydeck Hatten City Melaka Review

Berada di The Hatten Place Hotel telah memberikan kami peluang untuk menjejaki Skydeck Hatten City yang terletak pada bangunan yang sama dengan The Elements Mall Melaka, ini adalah kerana kepada penghuni The Hatten Place Hotel, kos kemasukkan ke dalam Skydeck Hatten City ini adalah PERCUMA sahaja.

 

Untuk ke kaunter pendaftaran Skydeck Hatten City ini, pertama sekali, kami terpaksa turun ke Ground Floor dan bergerak menghala ke kaunter informasi kerana kurang arif tentang lokasi tempat ini.

Saya kongsikan dengan anda perkara dan informasi yang penting untuk masuk ke dalam Skydeck ini, walaupun tanpa menginap di The Hatten Place Hotel ini.


~ Skydeck Hatten City Melaka Review - Useful Information ~

 

Skydeck Hatten City ini berketinggian 195 meter, yang terdiri daripada lebih kurang 900 anak tangga (45 tingkat keseluruhannya) untuk sampai di puncak yang tertinggi di Bandar Melaka. Menara Taming Sari yang terletak di pusat Bandar Melaka pula mempunyai ketinggian 110 meter.

Untuk memasuki ke dalam Skydeck Hatten City, bagi penghuni The Hatten Place Hotel, anda perlu membawa sarung kad sebagai bukti untuk menaiki Skydeck ini dengan percuma.

 

Sekiranya anda bukan penghuni The Hatten Place Hotel, untuk menaiki Skydeck ini, anda perlu membayar sebanyak RM 30.00 seorang. Namun, ketika kami hadir di sini, sebagai promosi pembukaannya, harga bagi seorang diturunkan kepada RM 15.00 seorang.


~ Skydeck Hatten City Melaka Review - The Highest Point ~

 

Ketika kami berada di kawasan Skydeck ini (kami ke sini sebanyak dua (2) kali kerana pada kali yang pertama, hujan mulai turun sebelum kami sempat menerokai kawasan ini sepenuhnya), memang kami boleh melihat sekitar Bandaraya Melaka dengan jelas dan terang beserta lokasi-lokasi bersejarah yang menarik.

Berikut saya kongsikan dengan anda pemandangan yang kami lihat ketika berada di atas Skydeck ini.

 
 
 
Berswafoto diatas bangunan tertinggi di Bandar Melaka itu pasti~

 
 
 
Pemandangan tempat-tempat bersejarah~

 
Informasi yang berguna, boleh didapati di sekitar Skydeck~

 
Tempat untuk menenangkan fikiran dan menjana daya pemikiran positif. Ahaks~

 
Dan juga restroom yang disediakan di puncak tertinggi untuk para pelancong~


~ Skydeck Hatten City Melaka Review - The Souvenir Shop ~

 

Setelah kami puas meronda-ronda kawasan Skydeck ini, kami turun ke bawah dan berjalan keluar daripada kawasan ini. Apa yang menarik, terdapat kedai yang menjual barang-barangan cenderamata dan saguhati yang boleh dibeli untuk dibawa pulang bersama-sama.

 
 
Beberapa jenis barangan yang turut dijual di kedai ini~


Memang menarik panorama dan pemandangan yang boleh dilihat dari puncak tertinggi di dalam Bandar Melaka, dimana dapat dilihat pelbagai jenis bangunan-bangunan bersejarah serta dapat mengamati sejarah Kesultanan Melayu Melaka pada suatu ketika dahulu.

Namun, sejauh manakah Skydeck Hatten City yang terletak di Bandar Melaka ini dapat bertahan dan mengekalkan kedudukannya sebagai bangunan yang tertinggi di Melaka?


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga kita bertemu lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment