Menerokai Kota Kinabalu di atas urusan kerja telah membawa saya untuk menginap di sebuah hotel di pusat bandar Kota Kinabalu, diberi nama The Klagan Hotel.
The Klagan Hotel ini terletak berhampiran dengan Hard Rock Cafe Kota Kinabalu, mengambil kira-kira enam (6) minit berjalan kaki dengan sejauh 400 meter sahaja.
Jom saya kongsikan dengan anda pengalaman saya menginap Hotel Klagan ini ketika berada di Kota Kinabalu, Sabah.
Kawasan ruang legar di The Klagan Hotel ini agak luas dan agak malap ketika kami tiba di hotel ini (kami tiba di hotel pada pertengahan malam akibat kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu).
Terdapat beberapa informasi penting yang perlu diketahui oleh para pengunjung ke The Klagan Hotel ini, diterangkan dibawah.
| Masa Pendaftaran Masuk | Masa Pendaftaran Keluar |
| 3.00 Petang | 12.00 Tengah Hari |
| Kunci Kad |
| Kehilangan boleh dikenakan denda sebanyak RM 50.00 setiap satu |
| Cukai Perlancongan |
| Cukai dikenakan sebanyak RM 10.00 bagi setiap bilik |
Berikut pula adalah harga bilik yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel bagi mereka yang walk-in (tidak termasuk cukai perlancongan), tidak tertakluk kepada harga yang boleh didapati di aplikasi-aplikasi online seperti Trivago, Traveloka mahupun Agoda.
Tingkat 8, 9 dan 10
| Atrium : RM 290.00 semalaman |
| Superior : RM 319.00 semalaman |
| Deluxe : RM 417.60 semalaman |
| Family : 649.60 semalaman |
| Suite : 904.80 semalaman |
Tingkat 7
| Courtyard : RM 226.20 semalaman |
| Courtyard 3 : RM 307.40 semalaman |
| Family : RM 307.40 semalaman |
| Standard : RM 255.20 semalaman |
| Studio : RM 330.60 semalaman |
| Junior Suite : RM 400.20 semalaman |
Antara salah satu sebab kenapa harga bilik di tingkat 8 dan keatas adalah disebabkan pemandangan yang ditawarkan serta keluasan bilik yang disediakan.
~ The Klagan Hotel Kota Kinabalu - The Hotel Room ~
Bilik yang telah ditempah untuk kami terletak di tingkat sembilan (9), berupa Twin-Bed Superior Room. Tema warna yang dikenakan pada laluan ke bilik hotel adalah gabungan daripada warna coklat serta dindingnya yang keputihan, namun apabila dicahayakan dengan lampu Warm, kawasan ini kelihatan agak malap.
Seterusnya saya kongsikan keadaan bilik yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel ini.
Seterusnya adalah kawasan bilik air pula~
Secara keseluruhan, bilik yang disediakan di The Klagan Hotel memang selesa tanpa bau yang tidak menyenangkan dan keadaan yang bersih.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Nantikan perkongsian pendek saya yang seterusnya, sambungan kepada post ini, mengongsikan tentang menu hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak pengurusan Hotel Klagan ini.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

Kawasan bilik tidur yang disediakan di The Klagan Hotel. Siap ada sofa merah yang empuk lagi~
Minuman complementary yang disediakan~
Serta beberapa kemudahan yang lain turut disediakan bagi memastikan keselesaan pengunjung~
Seterusnya adalah kawasan bilik air pula~
Kawasan bilik air yang agak kecil, namun mencukupi untul membersihkan diri~
Dan yang terakhir, pemandangan daripada tingkat 9 The Klagan Hotel~
Secara keseluruhan, bilik yang disediakan di The Klagan Hotel memang selesa tanpa bau yang tidak menyenangkan dan keadaan yang bersih.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Nantikan perkongsian pendek saya yang seterusnya, sambungan kepada post ini, mengongsikan tentang menu hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak pengurusan Hotel Klagan ini.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment