Bekerja di luar kawasan kadangkala menguntungkan apabila pergi beramai-ramai kerana sahabat yang lain sentiasa ada kawasan mahupun kedai makan yang sedap-sedap untuk saya cuba, seperti kedai makan Asam Pedas Selera Kampung yang terletak di Bandar Melaka.
Menurut kepada penggemar masakan Asam Pedas, Asam Pedas Selera Kampung yang terletak di Bandar Melaka memang merupakan kedai yang menyediakan masakan Asam Pedas yang terbaik di Bandar Melaka.
Walaupun waktu kerja, tetap ramai pengunjung yang datang dan menikmati hidangan Asam Pedas disini.
~ Asam Pedas Selera Kampung Bandar Melaka Review - The Menu ~
Memang banyak hidangan yang disediakan di restoran Asam Pedas Selera Kampung ini, dan bukan sahaja tertakluk kepada hidangan asam pedas namun terdapat pelbagai jenis hidangan yang lain juga turut disediakan demi menjamu para pelanggan yang hadir.
Berikut adalah beberapa jenis hidangan Asam Pedas yang disediakan di Restoran Asam Pedas Selera Kampung ini.
Aneka jenis hidangan dari Asam Pedas ke Gulai Pedas~
Hidangan bergoreng dan berbakar juga turut didapati disini~
Ulaman juga turut menjadi rebutan~
Inilah serba sedikit menu-menu yang dihidangkan di Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang terletak di Bandar Melaka. Berikut pula adalah hidangan yang menjadi pilihan saya ketika menyinggah di restoran ini.
~ Asam Pedas Selera Kampung Bandar Melaka Review - My Selection, Stingray ~
Agak janggal bagi saya memilih hidangan Asam Pedas selain daripada Asam Pedas Pari, kerana bagi saya, Ikan Pari memang menjadi pilihan saya sejak kecil lagi apabila berhadapan dengan hidangan masakan Asam Pedas.
Antara salah satu sebab kenapa saya memilih Ikan Pari adalah ingin mengetahui sejauh mana penjagaan pelanggan yang diberikan oleh pihak restoran. Ikan Pari, melalui pemerhatian saya, lebih mudah berbau dan terasa isinya yang sudah lama disimpan.
Oleh itu, bagi setiap restoran Asam Pedas, saya akan mencuba hidangan Asam Pedas Ikan Pari terlebih dahulu sebelum mencuba hidangan yang lain.
Bagi hidangan Asam Pedas Ikan Pari ini, harga untuk satu mangkuk yang disediakan adalah berharga RM 10.00 sahaja, dan harga untuk satu pinggan nasi putih pula adalah RM 2.00 sahaja.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment