Friday 3 August 2018

Gindaco Takoyaki Mid Valley Review

Sekali lagi kami dikejutkan dengan khabar berita mengatakan terdapat sebuah kiosk yang menyediakan hidangan Takoyaki yang sedap di MidValley; Gindaco Takoyaki yang terletak di tingkat paling atas berhampiran dengan GSC Cinema.

 

Pada asalnya, kami agak hairan akan khabar berita yang menyatakan hidangan takoyaki di sini lebih sedap jika dibandingkan dengan tempat lain yang menyediakan hidangan yang sama, namun apabila kami mula merasainya, baru kami tahu.

Apakah penyebab hidangan takoyaki di Gindaco Takoyaki ini adalah lain daripada yang lain?


~ Gindaco Takoyaki Mid Valley Review - The Menu and it's Price ~

 

Memfokuskan hidangan takoyaki, di Gindaco Takoyaki Mid Valley ini mempunyai 5 jenis perisa yang pasti menyebabkan anda tergila-gila; Original, Negidako, Cheese Mentaiko, Teritama, dan Ebimayo dengan perincian dan harga seperti dibawah.


 

Original Takoyaki
Dihidangkan dengan Sos Gindaco, hirisan rumpai laut kehijauan dan dancing bonito flakes yang kelihatan asik bergerak-gerak
RM 12.15 (6 pcs) dan RM 15.00 (8 pcs)


Negidako Takoyaki
Dihidangkan dengan sos pencicah tempura, ditaburkan dengan hirisan lobak putih, daun bawang, hirisan rumpai laut kehijauan dan dancing bonito flakes
RM 12.15 (6 pcs) dan RM 15.00 (8 pcs)


Cheese Mentaiko Takoyaki
Dihidangkan dengan cebisan ikan kod yang pedas digaul bersama-sama Japanese Mayo dan Sos Soya, ditaburan dengan Mozzarella Cheese, daun Parsley kering dan serbuk Parmesan Cheese
RM 13.10 (6 pcs) dan RM 15.90 (8 pcs)


Teritama Takoyaki
Dihidangkan dengan Sos Teriyaki premium dan Japanese Mayo, diletakkan salad telur segar diatasnya, hirisan rumpai laut kehijauan, dancing bonito flakes, dan juga ditaburkan dengan 7 jenis rempah ratus yang terkenal di Jepun
RM 13.10 (6 pcs) dan RM 15.90 (8 pcs)


Ebimayo
Dihidangkan dengan udang kecil yang segar digaul bersama-sama dengan Japanese Mayo, bersama hirisan rumpai laut kehijauan dan Sos Takoyaki premium
RM 13.10 (6 pcs) dan RM 15.90 (8 pcs)


Sekiranya hidangan diatas tidak mencukupi dan memenuhi citarasa dan perut anda, maka anda boleh mengambil set hidangan yang digelar Party Boxes dengan harga dibawah.


Party Boxes (16 pcs)
Topping maksimum = 2 jenis
RM 26.40 (untuk Original dan Negidako, untuk perasa lain ada penambahan RM 1 setiap perasa)


Party Boxes (24 pcs)
Topping maksimum = 3 jenis
RM 36.75 (untuk Original dan Negidako, untuk perasa lain ada penambahan RM 1 setiap perasa)


~ Gindaco Takoyaki Mid Valley Review - The Takoyaki ~

 

Asyik berkongsi berkenaan dengan perasa takoyaki yang disediakan dengan harga setiap satu, kali ini adalah isi dalam takoyaki ini sendiri. Takoyaki ini memang kelihatan besar, namun isinya juga adalah banyak dan tebal.

Apa yang lebih menarik, setiap biji takoyaki ini mempunyai sotong di dalamnya, tidak kira jenis perasa yang anda pilih (ada kedai yang tidak meletakkan sotong didalamnya, lebih kepada tepung sahaja).

**********

 

Di makan sewaktu panas (lebih-lebih lagi selepas dibeli) memang boleh menyebabkan lidah anda melecur. Oleh itu, anda seharusnya menunggu sebentar untuk menikmati hidangan ini dan jangan terlalu gelojoh walaupun ianya sedap.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment