Monday 6 August 2018

Selera Johor Sport Arena Cyberjaya Review

Selain daripada kedai makan Bawal Power yang menjadi viral, terletak di Sport Arena Cyberjaya baru-baru ini, terdapat juga beberapa gerai di Sport Arena Cyberjaya yang menyediakan makanan yang sedap seperti di Gerai Selera Johor.

 

Keunikan di Gerai Selera Johor ini adalah lebih kepada Mee Rebus yang disediakan, termasuk beberapa lagi hidangan masakan ala-ala Jawa yang turut disediakan seperti Nasi Ambang, Lontong dan Soto.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan dengan anda hidangan yang unik iaitu Mee Rebus yang dihidang di sini.


~ Selera Johor Sport Arena Cyberjaya Review - The Menu ~

 

Sebelum meneruskan perkongsian berkenaan dengan Mee Rebus yang disediakan disini, terlebih dahulu dan yang paling utama yang perlu anda tahu adalah harga-harga hidangan yang disediakan disini.

Harga-harga untuk setiap hidangan yang dihidangkan di Selera Johor Sport Arena Cyberjaya ini adalah seperti berikut.


Mee Rebus Biasa (RM 5.00)
Mee Rebus Ayam (RM 8.00)
Mee Rebus Daging (RM 8.00)
Mee Rebus Udang (RM 11.00)
Mee Rebus Tulang (RM 15.00)

Nasi Ambang (RM 7.00)
Lontong Lodeh (RM 5.00)
Lontong Kering (RM 7.00)
Laksa Johor (RM 7.00)
Soto (RM 6.00)


~ Selera Johor Sport Arena Cyberjaya Review - Mee Rebus Daging ~

 

Segala-galanya tentang hidangan mee rebus ini adalah sedap, termasuk kuahnya yang agak pekat memberikan kesedapan yang sepatutnya ada pada Mee Rebus.

Untuk hidangan Mee Rebus seperti ini, selain daripada permintaan anda untuk memesan hidangan berdaging atau seafood, hidangan ini mempunyai keropok yang telah digoreng rangup, diletakkan diatas setiap hidangan pilihan mee rebus anda.

Cili hijau yang diletakkan pula tidak pedas, malah memberikan rasa kemanisan cili tidak sama dengan cili merah. Sekiranya anda inginkan rasa kemasaman, maka perahlah limau kasturi diatas hidangan ini.

**********

Bagi kawan saya yang sukakan hidangan berbentuk mee, baginya, hidangan Mee Rebus ini memang sedap dan hampir sama dengan hidangan Mee Rebus yang dimakannya di sekitar kawasan Johor Bharu.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment