Friday 17 August 2018

Hard Rock Cafe Kota Kinabalu Review

Hard Rock Cafe seringkali dikatakan sebagai satu tempat yang menghidupkan suasana di sekitar kawasan terletaknya Hard Rock Cafe ini. Seperti di Kota Kinabalu, Hard Rock Cafe Kota Kinabalu terletak di dalam Oceanus Waterfront Mall yang menjadi pusat tumpuan para peminat lagu-lagu rock untuk mendengar persembahan Rock disini.

 

Tambahan pula, menarik tentang Hard Rock Cafe ini, baju-baju yang dijual disini adalah merupakan collector's items dimana penggemar-penggemar Hard Rock Cafe pasti akan membeli baju-baju di sini dan dijadikan kenang-kenangan.

Selain daripada baju dan juga persembahan yang seringkali menjadi perbualan peminat-peminat rock ini, yang paling utama bagi saya adalah hidangan makanan dan minuman yang disediakan disini.


~ Hard Rock Cafe Kota Kinabalu Review - Collector's Items ~

 

Dari baju berlengan pendek ke baju berlengan panjang, di Hard Rock Cafe Kota Kinabalu ini menyediakan pelbagai jenis variasi corak-corak baju yang melambangkan keunikkannya berbanding dengan Hard Rock Cafe di negara lain.

Ada diantara baju yang dijual disini mencecah ratusan ringgit untuk sehelai.


~ Hard Rock Cafe Kota Kinabalu Review - The Nightlife ~

 

Di Hard Rock, selain daripada anda menjamu selera dengan hidangan yang disediakan, anda juga didendangkan dengan lagu-lagu rock zaman 80-an, 90-an mahupun lagu-lagu rancak yang terkini, dimainkan oleh Band yang telah dilantik oleh pihak Hard Rock Cafe tersebut.

Sekiranya anda hebat bermain peralatan music, anda juga boleh bermain bersama-sama dengan Band disini sebagai "Guest". Waktu kami berada disini, ada seorang Guest Guitarist bermain bersama-sama dengan Band disini. Memang Happening!


~ Hard Rock Cafe Kota Kinabalu Review - The Menu and Its Pricing ~

 

Sudah tiba masanya untuk memesan makanan untuk dijadikan sebahagian daripada hiburan kami pada malam ini, disamping mendengar lagu-lagu rock yang sepersembahkan oleh Band yang bertugas. 

Harga-harga disini boleh dikatakan agak mahal, namun dengan hiburan yang diberikan amat berbaloi. Berikut adalah hidangan yang telah kami pesan beserta dengan harganya.

 
Rockin' Wings yang mempunyai 3 tahap kepedasan; Classic Rock, Tangy ataupun Heavy Metal~
(RM 46.00 nett)

 
Barbeque Chicken dengan sos barbeque dipanggang sehingga lembut untuk dipotong dengan hanya menggunakan garfu (1/2 ekor ayam untuk dihabiskan)~
(RM 50.00 nett)

 
 
Original Legendary Burger (terdiri daripada daging burger yang seberat 8oz, smoked turkey bacon, Cheddar Cheese, Onion Rings, salad, dan tomato)~
(RM 67.00 nett)

 
Tupelo Chicken Tenders bersama-sama dengan sos Honey Mustard dan Sos Barbeque~
(RM 38.00 nett)

**********

Secara keseluruhannya, hidangan makanan dan minuman yang disediakan disini memang sedap dan penuh berperisa, lebih-lebih lagi hidangan yang berbentuk grill yang mempunyai sos Barbeque.

 

Selain daripada sebuah pusat hiburan dan pusat membeli-belah, menu hidangan di Hard Rock Cafe juga adalah sesuatu yang anda perlu cuba apabila berada di sini. Disebabkan kami baharu sahaja makan malam, maka kami mengambil hidangan yang sederhana, dikongsi bersama-sama dengan 6 sahabat saya yang lain.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment