Wednesday 15 August 2018

Upperstar Imago Mall Kota Kinabalu Review

Asalnya untuk merasai makanan berunsurkan seafood di sekitar Kota Kinabalu (selain daripada Gerai di Waterfront), menurut kepada sahabat saya, beliau telah mencadangkan untuk ke Upperstar Restaurant and Bar yang terletak di Imago Mall.

 

Bagi kami yang pertama kali, kami agak hairan dengan suasana kedai ini dimana ianya berada di dalam pusat membeli belah dan juga kelihatan seperti menghidangkan hidangan fast food seperti burger (dilihat dari luar kedai).

Biasanya, susunan kedai-kedai yang menyediakan hidangan seafood agak berbeza walaupun ianya berada di dalam pusat membeli belah, dan di Upperstar ini pula mempunyai susunan yang berlainan.


~ Upperstar Imago Mall Kota Kinabalu Review - The Menu Selections ~

 

Setelah duduk dan memerhatikan menu yang disediakan, ternyata sama sekali bahawa restoran ini menyediakan hidangan ala-ala fast food dengan western food. Selain daripada itu, terdapat juga hidangan yang berunsurkan masakan Malaysia, diubahsuai menjadi makanan yang unik disini.

Setelah pesanan dibuat, di setiap tempat duduk di dalam restoran ini, terdapat sebuah komputer untuk digunakan oleh para tetamu sebagai hiburan sewaktu menanti untuk pesanan tiba. 

Berikut adalah pesanan yang telah kami pesan di sini (harga tidak tertakluk kepada 10% servis cas).


 
Caeser Salad 
(RM 13.15 nett)
Makanan untuk orang yang mementingkan diet yang seimbang~

 
Popcorn Chicken 
(RM 7.65 nett)

 
Sotong or Crabmeat Balls
6pcs (RM 6.55 nett); 12 pcs (RM 10.95 nett)

 
Pastry Baked Mushroom Soup
(RM 7.65 nett)

 
Hungry Burger (Terdapat 2 jenis daging di dalam burger, daging lembu dan ayam)
(RM 13.15 nett)

 
Baked Mussles
1/2 Doz (RM 15.95 nett); 1 Doz (RM 29.65 nett)

**********

Diantara banyak-banyak menu yang disediakan di Upperstar, hanya terdapat 3 sahaja (daripada 30 jenis menu) jenis hidangan yang berunsurkan makanan laut; Baked Mussles, Fish and Chips, dan juga Fillet Fish Burger.

Sekiranya anda ingin mencari makanan laut, maka ini bukannya tempat yang patut anda pergi.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment