Agak susah untuk mencari makanan berat di KLIA2 lebih-lebih lagi ketika berada disebalik balai pelepasan domestik ataupun sedang menunggu untuk penerbangan yang seterusnya disebabkan transit untuk ke destinasi yang seterusnya.
Di dalam kami sedang mencari-cari kedai makan yang menghidangkan makanan yang berat sementara menanti penerbangan yang seterusnya, maka kami telah terserempak dengan sebuah kedai yang bernama Uncle Lim's Homegrown Taste Cafe yang terletak berhampiran dengan Gate J4.
Hidangan di sini lebih kepada hidangan masakan campuran ala-ala Se-Malaysia, yang sememangnya melazatkan. Tanpa membuang masa, jom saya kongsikan hidangan dan menu yang telah menjadi pilihan kami.
Di Uncle Lim's Cafe ini, anda harus membuat pesanan di kaunter dimana menu yang disediakan disini mempunyai 10 menu utama, 7 menu makanan ringan, 4 pemanis dan lebih daripada 25 jenis minuman panas dan sejuk di sini.
Disebabkan waktu sudah menunjukkan tibanya masa untuk makan tengah hari, maka sudah semestinya hidangan yang kami pilih terdiri daripada 10 hidangan dari menu utama.
Mushroom Mee
RM 13.10 satu hidangan
HidanganMushroom Mee ini adalah sejenis hidangan mee yang tidak berkuah, namun kehadiran ayam dan juga cendawan kicap di dalam hidangan ini menyebabkan ianya mempunyai rasa seakan-akan rasa mee sizzling, kecuali Mushroom Mee ini lebih sedap dari segi rasanya.
Nasi Lemak Rendang Ayam
RM 15.50 satu hidangan
Menu ini menjadi pilihan salah seorang sahabat saya yang benar-benar menggemarkan makanan berunsur nasi lemak. Menurut beliau, sambal nasi lemak yang disediakan di Uncle Lim's kafe ini memang sedap, ditambah pula dengan rendang ayam yang juga sedap.
Uncle Lim's Laksa
RM 13.70 satu hidangan
Hidangan Uncle Lim's Laksa ini agak berbeza dengan hidangan Laksa yang selalu kita makan, dimana hidangan ini menggunakan Mee Tarik dan juga kuah laksanya yang agak pekat disamping terasa sedikit kepedasan didalamnya (terasa kandungan santan yang pekat didalamnya).
Wantan Soup (8 ketul wantan)
RM 10.80 satu hidangan
Hidangan ini dipilih oleh sahabat saya yang mengamalkan diet pemakanan yang seimbang, dengan tidak mengambil nasi mahupun mee di dalam pemakanan seharian beliau. Dengan mengandungi 8 ketul wantan, bersama-sama dengan supnya yang terasa kepekatan sup ini.
Rata-rata hidangan yang disediakan di Uncle Lim's Cafe ini memang sedap dan dapat memenuhi serba sedikit kelaparan yang kami alami sewaktu menanti penerbangan ke destinasi yang seterusnya.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment