Saya tidak pastii samada kedai ini pernah viral baru-baru ini, namun mottonya "Viral dari Kampung" telah berjaya menangkap perhatian kami untuk singgah dan makan di sini.
Kawasan ini terletak di tepi Lebuhraya penghubung Kuala Lumpur - LEKAS, sebelah kiri jika anda datang dari Tesco Kajang menuju ke lebuhraya LEKAS (kawasan kedai-kedai baharu).
Nampak seperti ianya sebuah kedai makan yang biasa, namun apabila kami datang ke sini, ternyata tanggapan kami salah sama sekali.
Untuk menu makan malam, hidangan yang disediakan disini adalah berbentuk masakan panas serta bergoreng seperti Nasi Goreng, Mee Goreng dan sebagainya.
Di Warong Cikgu Hasim TTDI Kajang, terdapat lebih daripada 30 jenis hidangan yang anda boleh pilih mengikut citarasa masing-masing, termasuk hidangan unik yang menjadi hidangan teristimewa di kedai ini.
~ Warong Cikgu Hashim TTDI Kajang Review - Our Selections ~
Disebabkan terlalu banyak pilihan yang disediakan di Warong Cikgu Hashim TTDI ini, maka kami semua menjadi rambang mata (kecuali si Najwa sebab dia sudah tahu pilihan yang akan dibuat, maklum lah selalu tengok FB dan media sosial yang lain).
Setelah hampir 10 minit memilih hidangan pilihan, maka di bawah ini lah yang menjadi pilihan kami.
Menu pilihan Najwa, Nasi Goreng Wacha Signature~
RM 20.00 untuk satu hidangan
Dihidangan bersama-sama didalam Nasi Goreng Wacha Signature ini adalah Nasi yang digoreng, beberapa kepingan keropok, dan campuran seafood yang dimasak ala-ala Shellout yang terdiri daripada seekor ketam dan lala. Memang mengiurkan dan membakar mata yang memandang!
Nasi Goreng Pattaya Special~
RM 8.00 untuk satu hidangan
Agak special seperti pada namanya, Nasi Goreng Pattaya Special, dimana nasinya disaluti dengan telur ini dituang kuah ala-ala paprik seafood diatasnya. Kuah paprik ini memang pedas, dan tidak sesuai dimakan oleh anak-anak kecil yang tidak tahan akan kepedasannya.
Kuey Teow Kungfu~
RM 7.00 untuk satu hidangan
Kuey Teow Kungfu yang disediakan disini hampir sama dengan hidangan Kuey Teow Kungfu yang boleh didapati di kedai-kedai tomyam thai yang beranak-pinak di sekitar Semenanjung Malaysia ini. Rasanya tidak asing, dan memang hampir serupa dengan hidangan di kedai lain.
Nasi Putih dan Ayam Masak Kicap~
Nasi Putih (RM 1.50), Ayam Masak Kicap (RM 5.50)
Inilah antara hidangan yang bersesuaian untuk anak-anak kecil yang sukakan masakan kicap seperti Irfan. Hidangan ini tidak terlalu manis dan pedas, dan memang sesuai untuk dimakan oleh anak-anak kecil.
**********
Kepada mereka yang mempunyai salah satu kriteria seperti didalam gambar diatas, maka anda layak untuk menerima sepuluh percent (10%) diskaun dengan mengisi pautan yang tertera di dalam ini.
Antara yang layak untuk mendapat diskaun adalah Ahli Pengakap Malaysia, Ahli dari Badan-badan beruniform, Pegawai Kesihatan dan juga warga Pendidik.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment