Wednesday, 10 October 2018

Restoran & Kafe IKEA Review

IKEA Malaysia adalah merupakan sebuah pusat membeli-belah yang amat terkenal di Malaysia, lebih-lebih lagi dengan barangan perabot yang agak unik dan tidak boleh didapati disini turut dipamerkan dan juga dijual.


 

Menjadi pusat tumpuan bagi mereka yang mencari ilham dan idea untuk membina syurga impian, maka IKEA lah pusat tumpuan mereka di kawasan sentral.

Selain daripada melihat barangan pameran perabot perumahan disini, ramai pengunjung yang datang ke IKEA ini untuk menikmati hidangan yang khusus disini.



~ Restoran & Kafe IKEA Review - The Foodies ~


 

Terdapat lebih daripada 20 jenis makanan dan minuman yang boleh didapati disini, dimana harga untuk setiap makanan sangat berbeza dan juga agak mahal. Namun, disebabkan keunikkan makanan western yang disediakan disini, maka ianya agak berbaloi untuk kami.


 

Makanan yang disediakan di sini penuh variasi, sesuai untuk mereka yang menggemarkan makanan berdaging, makanan bersayur mahupun bersup. Selain daripada makanan berat, terdapat juga makanan ringan seperti biskut-biskut turut dijual disini.

Tanpa membuang masa, jom saya kongsikan dengan anda hidangan yang telah menjadi pilihan kami disepanjang dan setiap kali kami datang disini.



 
The Famous 15 pcs Meatball (RM 14.10 satu hidangan)~

Ini adalah salah satu hidangan di Restoran & Kafe IKEA yang agak terkenal dan menjadi pilihan utama para pengunjung ke Restoran & Kafe IKEA. Dihidangkan bersama-sama dengan Sos istimewa, Kentang Lenyek dan juga Strawberry Jam, hidangan ini memang sedap.


 
BBQ Chicken (RM 12.90 satu hidangan)~

Bagi yang sukakan makanan Ayam Barbecue, maka hidangan ini amat sesuai untuk anda. Namun, kebesaran saiz ayam yang dihidangkan disini tidak dapat memuaskan nafsu perut yang sedang kelaparan. Dihidangkan bersama sayuran dan kentang lenyek.


 
Chicken Wings (RM 16.50 untuk 6 ketul, RM 11.50 untuk 4 ketul)~

Kepak ayam juga turut dijual disini, namun ianya agak berbeza dengan kepak ayam yang boleh didapati di tepi jalan. Kepak ayam ini mempunyai rasa yang agak manis meskipun setelah digoreng, kemungkinan ianya telah dicelup kedalam madu setelah digoreng.


 
Mushroom Soup (RM 3.90 satu hidangan)~

Mushroom Soup yang disediakan disini memang melazatkan, dengan kepekatan yang boleh dirasai dan kuantiti cendawan cincang di dalam sup ini. Semestinya sesuai untuk dijadikan Soup of the Day


 
Kids Meal (makanan percuma)~

Bagi mereka yang mempunyai kanak-kanak kecil berumur diatas 12 bulan, dan mempunyai Kad Keluarga IKEA, maka anak-anak anda boleh menikmati hidangan disini secara percuma. Disini, anda boleh memilih hidangan untuk anak-anak anda seperti dibawah.

| Bebola Daging | Nuget Ayam | Pasta, Yogurt and Drinks | 
| Pasta dan Tomato Sos |



**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment