Wednesday, 3 October 2018

Restoran Deen Berjaya Port Dickson Review

Sebelum bergerak pulang dari Port Dickson menuju ke Office, kami telah menyinggah sebentar untuk menikmati hidangan Kari Kepala Ikan yang telah menjadi tempat persinggahan wajib kawan saya, yang juga merupakan seorang penunggang basikal setiap kali beliau dan kawan-kawan beliau datang ke Port Dickson ini.

 

Terletak di salah satu bulatan di Bandar Port Dickson ini, terdapat sebuah kedai makan yang menyediakan hidangan Kari Kepala Ikan yang dikatakan terkenal di Port Dickson ini; diberi nama Restoran Deen Berjaya.

Dan tekaan anda memang betul, ianya adalah merupakan sebuah kedai yang dikendalikan oleh orang mamak.


~ Restoran Deen Berjaya Port Dickson Review - Our Selected Menu ~

 

Disebabkan kawasan ini terkenal dengan Kari Kepala Ikannya, maka sudah semestinya hidangan utama kami juga adalah Kari Kepala Ikan, akan tetapi jenis kepala ikan apakah yang telah menjadi pilihan kami berempat?

 
Kari Kepala Ikan Merah~

Memang besar kari kepala ikan yang disediakan dan dihidangkan disini. cukup untuk memastikan bahawa keempat-empat perut lelaki yang menikmati hidangan ini kenyang.

Kepekatan kari yang disediakan di dalam hidangan ini sudah semestinya membuatkan penggemar kari terngigau-ngigau di dalam mimpi, kerana ianya memang cukup berlemak dan memang sedap (sehingga saya tambah nasi sebanyak 2 kali).


 
Satu Ekor Sotong Goreng~

Disebabkan ada yang teringin untuk makan Sotong Goreng (dan orang tersebut sudah semestinya bukan saya), maka muncullah hidangan ini diatas meja. Rasanya agak kering, namun cukup memadai untuk kami (dengan mencicah sotong tersebut di dalam kuah kari).


 
Acar Timun~

Acar timun ini adalah merupakan sejenis makanan yang pertama kali saya rasai, terdiri daripada potongan timun, bawang dan juga cili api, dituang sos kicap soya pekat manis yang memberikan kelazatan kepada hidangan ini.

Tidak cukup dengan sepinggan, kami memesan lagi satu pinggan kerana ia juga merupakan sejenis hidangan sayuran.


 
Sepinggan Peria Katak Goreng~

Peria Katak Goreng yang disediakan disini agak liat dan tidak rangup, namun ianya tetap menjadi pujaan kawan saya yang memang sukakan makanan seperti ini. Selain daripada ianya agak liat, ianya juga agak masin.


**********


 

Secara keseluruhan, kami telah membelanjakan sejumlah RM 130.00 untuk menikmati makanan Kari Kepala Ikan disini, yang terdiri daripada 2 pinggan Acar Timun, 1 Kepala Kari Ikan Merah, 6 pinggan Nasi Putih, 1 pinggan peria katak goreng dan 1 ekor sotong goreng.

Selain itu, kami juga telah memesan 4 jenis minuman; Teh O Ais, Teh O Ais Limau, Teh Ais dan Limau Ais. Maka, perbelanjaan kami sebanyak RM 130.00 di Restoran Deen Berjaya ini memang berbaloi-baloi.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang seterusnya.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment