Ketika berada di Kota Bharu, Kelantan dan sementara menanti untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, sahabat saya sempat untuk mengajak saya untuk melawat kedai Kain Batik yang dimiliki oleh kawan beliau.
Nama kedai yang dibawa oleh sahabat saya ini bernama Cik Minah Songket & Batik Factory Outlet, Kampung Penambang, Kota Bharu. Mengapakah ianya dinamakan Factory Outlet?
Saya akan bongkarkan dengan lebih lanjut di bawah.
Sebelum saya bongkar kenapa ianya digelar sebagai Factory Outlet, terlebih dahulu kita lihat beberapa produk yang boleh didapati di sini. Segala-galanya bermula daripada Batik sehingga ke kain songket dan harganya pula memang berpatutan.
Diantara koleksi kain songket~
Set baju kelawar batik juga boleh didapati disini~
~ Cik Minah Songket & Batik Kota Bharu Review - The Factory ~
Kita jarang sekali melihat keadaan kilang kain songket tradisional, apatah lagi merasai dan melihat sendiri proses pembuatan kain songket. Kita seringkali melihat dokumentari di TV tentang perusahaan ini, namun tidak tahu betapa lecehnya pembuatan kain songket ini.
Ketika kami melihat ke kawasan kilang pembuatan kain songket ini, barulah kami tahu betapa susahnya ingin membuat sehelai kain songket kerana ianya memerlukan ketelitian dan juga kemahiran didalam menenun kain songket tersebut.
Patutlah industri ini memerlukan ketelitian daripada kaum wanita didalam melaksanakan kain songket yang sangat leceh ini. Jikalau bagi kepada kaum lelaki, sudah semestinya memakan masa yang lebih lama.
Menurut kepada pengusaha Cik Minah Songket & Batik ini, corak-corak yang terperinci akan diletakkan (disulam) terlebih dahulu sebelum proses yang kedua; proses sulaman penuh.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
assalamualaikum tuan.. boleh saya dapatkan no cik minah untuk urusan tugasan ijazah saya. terima kasih atas bantuan.
ReplyDelete