Post pada kali ini mengkisarkan pengalaman kami berada di Mc Donald's Mc Cafe yang terletak di persiaran WuYi Business District, menjadi tempat persinggahan kami seketika sebelum berangkat ke lokasi yang seterusnya.
Agak berbeza dengan Mc Cafe yang boleh didapati di Malaysia, Mc Cafe di China juga mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Kebanyakkan pekerja-pekerja disini tidak faham English, namun ada juga pekerja yang memahaminya.
Selain daripada memesan dengan menggunakan bahasa isyarat, kami juga mendapatkan khidmat nasihat daripada pekerja yang boleh bertutur di dalam English.
Diatas adalah set kopi latte bersama-sama dengan cheese cake, yang berharga 38 Yuan (RM 22.90) yang telah menjadi pilihan sahabat saya. Rasa kopinya agak sama, namun rasa cheese cake nya penuh dengan rasa cheese yang padat. Memang menarik.
Bagi saya yang menggemari hidangan coklat, saya telah memesan minuman yang jarang dijumpai di Mc Cafe Malaysia, iaitu Chocolate Frappe. Minuman ini seperti Chocolate Shake, namun yang membezakannya adalah rasa coklat yang kaya, mampu menghilangkan rasa kehausan saya.
Harga Chocolate Frappe yang dihidangkan disini adalah 26 Yuan (RM 15.60) sahaja. Walaupun mahal, namun berbaloi.

~ Mc Donald's Mc Cafe, Changsha - Other Service Facilities ~
Selain daripada menjadi tempat tumpuan para pelanggan yang ingin menikmati hidangan Mc Donalds, di sini juga turut menjadi tempat para pelanggan menyewa Power Bank menerusi aplikasi di telefon bimbit.
Di China, segala-galanya mustahil demi menjana ekonomi negaranya yang tersendiri.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment