Apabila keluar bersama-sama dengan kawan-kawan rapat, ataupun salah satu kawan rapat kami ajak makan (bukan kerja sekali), maka kami mula gelisah untuk memilih kedai makan mana yang berhampiran dengan lokasi perjumpaan kami.
Setelah hampir 10 minit memikirkan lokasi yang bersesuaian, maka kami telah sebulat suara untuk menikmati makanan tengah hari di Restoran Sepiring di De Pulze, Cyberjaya.
Menurut kepada ahli jemaah, restoran sepiring ini menyediakan hidnagan yang sedap, maka saya telah menyahut cabaran untuk menerokai hidangan yang disediakan disini.
Kebanyakan menu disini lebih kepada gabungan Western dan juga masakan tradisional, dimana kebanyakkan hidangan ini boleh didapati di mana-mana kedai makan yang lain. Akan tetapi, adakah rasa yang disediakan di Restoran Sepiring ini juga sama, atau lebih sedap?
Sebelum saya meneruskan perkongsian berkenaan dengan makanan yang telah kami pesan, ingin juga saya kongsikan dengan anda berkenaan dengan Super Savers (biasanya untuk menu makanan tengah hari).
Agak murah juga set Super Savers ini, kerana ianya disertakan sekali dengan minuman percuma (Iced Peach Tea). Untuk mendapatkan Free Daily Deals pula, jumlah yang anda perlu belanja untuk mendapatkannya haruslah melebihi RM 50.00 di dalam satu resit.
~ Sepiring De Pulze Cyberjaya Review - The Main Menu ~
Apabila masing-masing bertemu di Restoran Sepiring ini, habis hilang kesemua diet yang telah saya lakukan sebelum ini (walaupun ianya baru sahaja bermula). Setelah membuat pesanan, maka kami berborak-borak dahulu sementara menunggu hidangan sampai.
The Hainanese Chicken Rice~
Ini adalah hidangan yang telah saya pilih, dan juga salah satu menu di dalam Super Savers; diberi nama Hainanese Chicken Rice. Bukannya apa, cuma saya memang sukakan makanan Nasi Ayam, dan nasi ayam disini rasanya boleh tahan namun tidak dapat menandingi The Chicken Rice Shop.
Harga untuk hidangan ini adalah RM 16.00 untuk satu set bersama-sama dengan Iced Peach Tea.
Grilled Chicken Salad~
Hidangan ini pula dipilih oleh sahabat saya, Norazli. Beliau memang menjaga makanan harian beliau dengan tidak mengambil sebarang hidangan berunsurkan nasi, dan melebihkan hidangan yang penuh dengan protein.
Nampak memang tidak mengenyangkan bagi mereka yang menjadikan nasi sebagai makanan asas, namun bagi beliau, hidangan ini sudah menjadi satu kebiasaan. Yang penting, rasa ayam yang disediakan ini memang lembut dan agak kaya dengan rasa rempahnya.
Harga untuk Grilled Chicken Salad ini adalah RM 14.20 untuk satu hidangan (hidangan ini tidak termasuk didalam hidangan Super Savers).
Rice Rhapsody~
Hidangan ini menjadi pilihan oleh Nizmar dengan perasaan ingin mencuba beliau, yang juga merupakan salah satu daripada menu yang boleh didapati di dalam Super Savers. Hidangan ini kelihatan lebih kepada Nasi Goreng Cendawan, namun terdapat sup dumpling yang turut disediakan bersama-sama hidangan ini.
Bagi menambahkan lagi kesedapan, hidangan ini juga turut disediakan cili potong kicap serta sayur berdaun (Sayur Pak Choi). Harga untuk hidangan ini adalah RM 14.20 termasuk air Iced Peach Tea.
Bagi menambahkan lagi kesedapan, hidangan ini juga turut disediakan cili potong kicap serta sayur berdaun (Sayur Pak Choi). Harga untuk hidangan ini adalah RM 14.20 termasuk air Iced Peach Tea.
Spicy Smoked Beef Pasta~
Menu utama yang terakhir adalah Spicy Smoked Beef Pasta yang ditempah oleh para gadis yang menyertai perjumpaan kali ini. Kuantitinya yang agak banyak ini tidak mampu untuk dihabiskan oleh mereka.
Menurut kepada mereka, rasanya agak sama dengan hidangan daging salai masak lemak, namun kehadiran spaghetti ini memberikan satu keunikan yang lain selain makan bersama nasi (yang biasanya dimakan oleh orang ramai di kedai tepi jalan).
Harga untuk satu hidangan adalah RM 14.20, yang juga didatangi dengan air Iced Peach Tea (juga merupakan menu didalam Super Savers).
~ Sepiring De Pulze Cyberjaya Review - The Side Dishes ~
Set Bubur Cha Cha~
Set Pulut Hitam Tong Yuen~
Dengan menambah sebanyak RM 2.85 bagi setiap hidangan di dalam Menu Super Savers, kami juga dapat memesan makanan tambahan yang diseri nama Set Bubur Cha Cha dan juga Set Pulut Hitam Tong Yuen.
Rasa kedua-dua hidangan ini memang pekat, dan apabila pekat maksudnya ianya juga melazatkan. Saya tidak pasti benda putih yang terapung di dalam set pulut hitam ini, tetapi ianya kelihatan seperti Bebola Ikan. Pelik, memang pelik...
~ Sepiring De Pulze Cyberjaya Review - The Free Daily Deals ~
Seperti yang saya maklumkan pada awal post, sekiranya jumlah harga makanan (hanya tertakluk kepada makanan Super Savers sahaja) melebihi RM 50.00, maka hidangan percuma pada hari Isnin adalah Keropok Lekor.
Untuk hari Selasa sehingga hari Jumaat pula, urutan makanan percuma yang disediakan adalah seperti berikut; Penang Asam Pedas Laksa (Selasa), Penang Rojak (Rabu), 3pc Durian Pancake (Khamis) dan Yam Cake (Jumaat).
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~

The Monday Free Daily Deals : Keropok Lekor~
Seperti yang saya maklumkan pada awal post, sekiranya jumlah harga makanan (hanya tertakluk kepada makanan Super Savers sahaja) melebihi RM 50.00, maka hidangan percuma pada hari Isnin adalah Keropok Lekor.
Untuk hari Selasa sehingga hari Jumaat pula, urutan makanan percuma yang disediakan adalah seperti berikut; Penang Asam Pedas Laksa (Selasa), Penang Rojak (Rabu), 3pc Durian Pancake (Khamis) dan Yam Cake (Jumaat).
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment