Pada musim cuti sekolah baru-baru ini, kami telah mengambil kesempatan sekali lagi untuk menerokai Pulau Pinang kerana diantara tujuan utamanya adalah untuk membawa Ibu kami serta anaknya berjalan-jalan, selain daripada membawa anak-anak kecil untuk bermain-main di perkarangan pantai dan kolam renang.
Pada hari pertama kami berada di Pulau Pinang, kami telah membuat tempahan di Hotel Flamingo yang terletak di Tanjung Bungah. Menurut kepada si isteri, Hotel Flamingo ini mempunyai Private Beach yang dikhaskan untuk penghuninya sahaja.
Selain daripada itu, keluasan biliknya yang agak besar amat sesuai untuk dimuatkan seramai 6 orang (kena bawa Toto sebagai pengalas dan baring di atas lantai).
Kami membuat tempahan Hotel Flamingo ini dengan menggunakan kemudahan yang sedia ada; iaitu dengan Trivago. Memang ternyata dapat membandingkan harga dari pelbagai jenis aplikasi yang lain dan apabila kami survey, kebanyakan harga yang ditawarkan oleh Agoda adalah lebih murah.
Namun, terdapat satu kekurangan tentang hotel ini, dimana email berkenaan dengan tempahan yang diterima oleh Agoda harus dihantar ke email Hotel Flamingo seperti di dalam gambar diatas, sebelum mereka dapat melakukan proses pendaftaran.
Harus diingatkan juga bahawa pihak Hotel Flamingo juga turut mengenakan Local Government Fee atau Bayaran Kerajaan Tempatan sejak 2014 di Pulau Pinang. Bayarannya adalah seperti dibawah.
RM 3.00 per room for 4-star hotels and above
RM 2.00 per room for 3-star hotels and below
Setelah menghantar email tersebut ke email diatas, maka proses pendaftaran pun telah berjalan dengan lancar (pihak hotel akan cek email samada terima atau tidak sebelum proses ini).
Kami datang ketika musim cuti sekolan bulan 12, maka sudah semestinya dekorasi yang ada pada setiap hotel adalah sempena dengan Hari Natal.
Ruangan menunggu di kawasan ini memang agak luas, dan berada di kawasan yang lain daripada kawasan pendaftaran. Setelah semuanya selesai, maka misi seterusnya adalah menuju ke bilik yang telah diberikan.
~ Flamingo Hotel Tanjung Bungah Penang Review - The Hotel Room ~
Hotel Flamingo ini mempunyai 18 tingkat secara keseluruhan, termasuk Ground Floor. Selain daripada bilik hotel, terdapat pelbagai jenis kemudahan yang boleh didapati disini seperti Spa, Hair Salon, Swimming Pool, Kids Club dan lain-lain lagi.
Bilik kami yang telah disediakan oleh pihak hotel terletak di tingkat yang ke 13, dimana pemandangan dari ruangan lift memang sangat cantik dengan keindahan pantai dan lautan biru yang sangat luas.
Bagi di ruangan legar diantara bilik-bilik ini pula kelihatan agak simple dengan pencahayaan warm light serta lantainya yang dipasang tiles. Ini adalah kerana kebanyakan penghuni yang duduk disini semuanya akan melalui kawasan ini di dalam keadaan yang basah disebabkan mandi-manda di kolam renang ataupun di pantai.
Seterusnya adalah suasana di dalam bilik yang telah disediakan oleh pihak hotel.
Bilik tidur serta ruang tamunya~
Dan bilik airnya~
Selain daripada itu, apa yang turut menarik perhatian kami adalah pemandangan dari ruangan balkoni dari bilik. Walaupun saya tersalah pilih bilik hotel (pemandangan ke arah bukit), namun masih dapat kelihatan pantai dan laut yang tenang (sebenarnya kena marah dengan wife sebab salah book bilik walaupun dia sudah tunjukkan info yang sangat jelas, tapi saya tersalah baca), maka saya tulis untuk menyedapkan hati sendiri ( > o < ).
Pelbagai informasi boleh didapati di dalam bilik ini, yang dapat memberikan manfaat kepada para pengunjung yang pertama kali melawat dan menginap hotel ini seperti dibawah.
Diantara beberapa informasi yang berguna bagi para pengunjung~
~ Flamingo Hotel Tanjung Bungah Penang Review - Private Beach ~
Tidak jauh dari lokasi kolam renang terdapat satu tangga yang menghubungkan Hotel Flamingo Tanjung Bungah dengan pantainya. Di sini tidak ada aktiviti yang lain dapat dibuat melainkan bermain pasir dan bermandi pantai.
Si jelita yang sedang duduk melihat anak-anak bermain air dan pasir~
Pemandangan Hotel Flamingo dari pantainya~
~ Flamingo Hotel Tanjung Bungah Penang Review - The Swimming Pool ~
Kolam renang yang boleh didapati di Hotel Flamingo ini agak besar, dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu bahagian dewasa dan bahagian kanak-kanak. Biasanya kawasan kolam renang ini sangat penuh ketika waktu pagi merangkap ke tengah hari kerana kawasan pantai agak panas.
Kawasan kolam renang dewasa~
Kawasan kolam renang untuk kanak-kanak~
~ Flamingo Hotel Tanjung Bungah Penang Review - Other Facilities ~
Selain kemudahan kolam renang yang disediakan oleh pihak hotel, terdapat juga kemudahan yang lain turut disediakan seperti taman mainan kanak-kanak (berhampiran dengan kolam renang) dan juga bilik permainan kanak-kanak (Kids Club).
Untuk memasuki ke dalam Kids Club, bayaran sebanyak RM 10.60 akan dikenakan kepada sesiapa yang menggunakan bilik ini, tambahan pula bayaran tersebut adalah mengikut jam penggunaan. Sejam bersamaan dengan RM 10.60, maka kalau dua jam darab lah dengan RM 10.60.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
Breakfast pagi kt hotel ni best ke?
ReplyDeleteKami xambil pekej breakfast di hotel. Maaf tidak dapat membantu..
DeleteAs Salam, nak tanya.ada peraturan ke nak mandi kolam?. Maksud saya dari segi pemakaian.
ReplyDelete