Wednesday, 26 December 2018

Kedai Makan Lidiana Medan Selera Tanjung Bungah Penang Review

Agak sukar bagi kami yang bukan penduduk tempatan untuk mencari kedai makan di sini sehingga terpaksa membuka Google untuk mencari kedai makan yang sedap. 

 

Kebanyakkan kedai makan di Tanjung Bungah ini rata-rata menyediakan masakan Western, tetapi disebabkan saya craving untuk makan nasi, maka kami pun mencari juadah berbentuk nasi.

Tidak jauh dari Hotel Flamingo Tanjung Bungah terdapat Medan Sselera Tanjung Bungah, kira-kira 5 minit menaiki kereta sahaja.


~ Kedai Makan Lidiana Medan Selera Tanjung Bungah Penang Review - The Dishes ~

 

Kedai Makan Lidiana, yang juga merupakan satu-satunya kedai makan yang masih buka di Medan Selera Tanjung Bungah ini, menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan tradisi seperti ayam goreng, asam pedas, sayuran dan lain-lain lagi.

 

Kebanyakan penduduk tempatan datang ke Kedai Makan Lidiana ini untuk menikmati hidangan tengah hari, kerana makanan disini agak sedap dan juga harganya agak murah dengan kuantiti dan kualiti yang disediakan.

 

Lauk yang saya ambil juga agak banyak, namun ianya tidak mahal seperti yang saya sangkakan. Ikan keli goreng, sayuran dan juga nasi putih hanya berharga RM 7.00 dan ikan kelinya memang besar.

 

Air yang disediakan pula memang memudahkan, dimana mereka hanya menyediakan 3 jenis air seperti air sirap, air teh ataupun air anggur (air juga bergantung kepada pekedai, ikut mood dan citarasanya).

**********

Secara kesimpulannya, makanan yang disediakan di Kedai Makan Lidiana yang terletak di Medan Selera Tanjung Bungah ini memang sedap dan murah, menyebabkan kami berebut tempat duduk untuk makan disini.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment