Pagi-pagi apabila sudah selesai mesyuarat di sekitar Shah Alam Seksyen 7, sahabat saya telah mengajak saya untuk bersarapan pagi di sebuah kedai yang agak terkenal dengan masakan Nasi Lemak yang agak sedap.
Nasi Lemak Cinta Sayang yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam menjadi tempat tumpuan kami pada kali ini. Sekali pandang seperti kedai nasi lemak orang melayu, namun apabila saya masuk ke dalam, ternyata ianya adalah nasi lemak orang mamak.
Apakah yang menarik tentang tempat ini menyebabkan ramai yang datang dan menikmati hidangan nasi lemak di sini pada waktu pagi?
Di sini, kebanyakan pengunjung yang datang ke kedai Nasi Lemak Cinta Sayang ini diantaranya untuk menikmati hidangan Nasi Lemak. Namun, ada juga yang datang untuk menikmati hidangan-hidangan yang lain seperti nasi campur dan sebagainya.
Salah satu rahsianya adalah terletak di dalam kuah sambal nasi lemak yang disediakan, memang penuh dengan ikan bilis dan beberapa hirisan bawang. Namun, bagi saya yang menikmati hidangan nasi lemak di kawasan yang lain, saya mendapati kekurangan yang ada di dalam sambal nasi lemak ini.
Kekurangannya adalah ikan bilis yang disediakan bersama-sama dengan sambal ini tidak rangup, kerana ianya dimasak bersama-sama dengan sambal. Namun, bagi orang lain, ianya tidak menjadi sebarang masalah.
Untuk rasa sambalnya pula, memang sedap dan tidak diragui kesedapan dan kelazatannya (serta ianya memang dimasak sehingga pecah minyak, bukannya dimasak ala kadar).
**********
Sampai disini sahaja perkongsian ringkas saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment