Wednesday, 12 December 2018

Lexis Hibiscus Hotel Port Dickson Review (Part 1)

Lexis Hibiscus Hotel, di antara hotel bertaraf 5 bintang yang didapati di Malaysia kini telah berjaya kami duduki selama 2 hari dan 1 malam. Meskipun ianya terdapat potongan harga di aplikasi Trivago, namun ianya tetap mahal.

 

Rata-rata pengunjung yang menginap di Lexis Hibiscus ini sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan, menyebabkan kami tergerak hati untuk merasai pengalaman tersebut dengan sendirinya.

Meskipun harganya agak mahal selepas mendapat potongan harga, sekiranya tidak, harga untuk satu malam boleh mencecah lebih daripada RM 1,000.00 untuk satu bilik.



~ Lexis Hibiscus Hotel Port Dickson Review - Reception and Waiting Area ~


 

Kawasan menunggu di perkarangan lobi utama agak besar, mengenakan tema campuran warna merah dan juga biru gelap. Terdapat juga peralatan yang berunsurkan cermin kaca yang menampakkan lagi ekslusif kawasan ruangan menunggu ini.

Pencahayaan yang dikenakan pada ruangan menunggu ini, termasuk dengan kelapangan tempat ini menyerlahkan lagi ke-ekslusif-an tempat ini.


 

Kebanyakan staff yang diletakkan di meja pendaftaran agak ramah, dan hampir semuanya bertutur dalam bahasa English. Sekiranya sukar untuk bertutur dalam bahasa English, cakap sahaja dalam bahasa Malaysia, sebab semuanya adalah rakyat Malaysia.


 

Sewaktu pendaftaran, pihak pengurusan hotel turut juga memberikan kepada penghuni setiap bilik beberapa makanan dan minuman yang percuma, untuk para tetamu menikmatinya ketika dimana sahaja yang mahu.

Di sini, sewaktu pendaftaran, sejumlah wang deposit harus diberikan sebagai langkah untuk memastikan tidak berlaku kehilangan kad bilik, serta beberapa lagi barangan di dalam bilik.

Setelah selesai pendaftaran dilaksanakan, dan setelah mendapat kad access bilik, maka kami meneruskan perjalanan dengan menuju ke bilik yang telah ditetapkan.


~ Lexis Hibiscus Hotel Port Dickson Review - Buggy Cars or Bus ~


 

Perjalanan ke bilik yang telah ditetapkan oleh pihak hotel agak jauh, dan mengambil masa kira-kira 4 hingga 5 minit dengan berjalan kaki. Untuk memastikan keselesaan para pengunjung, pihak hotel telah menyediakan beberapa Buggy Car yang berwarna merah.


 

Meskipun kami menaiki Buggy Car ini untuk ke bilik, namun ianya mengambil masa kira-kira 1 minit untuk sampai. Di sepanjang perjalanan kami, sempat kami merakamkan beberapa buah video perjalanan kami ke bilik sebagai kenang-kenangan di masa akan datang.


~ Lexis Hibiscus Hotel Port Dickson Review - Hotel Room ~


 

Merujuk kepada peta Lexis Hibiscus yang telah disediakan oleh pihak hotel, di Lexis Hibiscus ini terdiri daripada lima (5) jenis villa dan suites; Executive Pool Villas, Premium Pool Villas, Panorama Pool Villas, Imperial Suites dan Presidential Suites.

Harga untuk setiap bilik hotel juga berbeza mengikut jenis. Untuk Imperial Suites, meskipun ianya sudah diberikan potongan harga, harganya tetap melebihi RM 1,000.00 untuk satu malam.


~ Lexis Hibiscus Hotel Port Dickson Review - Premium Pool Villas ~


 

Bilik yang kami diami selama 2 hari dan 1 malam pada kali ini merupakan salah satu bilik yang terletak di Premium Pool Villas. Tanpa membuang masa, saya kongsikan mengapa bilik ini mampu menyebabkan ianya berharga lebih daripada RM 700.00 semalam.


 
2 katil yang bersaiz King~

 
Ruangan melihat TV yang kelihatan amat ekslusif~

 
 
 
Beberapa kemudahan yang disediakan di dalam bilik~

 
 
 
Kawasan bilik air bersama dengan toiletries~


Dan antara yang paling utama mengapa kami memilih hotel ini adalah...


 
 
Private Pool yang khusus untuk setiap bilik~


Sewaktu berada disini, keselamatan bagi setiap orang terutama bagi kanak-kanak amatlah dititik-beratkan kerana lokasi kolam renang ini terletak betul-betul diatas laut. Berhati-hati jangan bagi anak-anak kecil bermain keseorangan tanpa pengawasan orang dewasa, dikhuatiri mereka akan terjun ke dalam laut.

Setelah memastikan semuanya selamat, maka sudah tiba masanya untuk si kecil bersuka ria. Disebabkan ianya adalah Private Pool, maka tiada masa tamat tempoh yang diletakkan sebagai syarat oleh pihak pengurusan, jadi boleh lah mandi sampai malam~


 


Selain daripada mandi-manda di Private Pool ini, terdapat juga bilik Sauna yang disediakan bersebelahan dengan kolam renang ini, juga tiada had tempoh penggunaannya. Namun, bilik ini tidak kami gunakan disebabkan masing-masing sangat teruja untuk mandi di Private Pool ini.


 
 


Namun, disebalik keseronokan kami berada disini, terdapat juga kekecewaan kami dimana beberapa suiz yang terletak di bahagian luar berhampiran dengan pool tidak dapat digunakan akibat rosak. Diatas hal sedemikian, kami tidak dalam menjalankan aktiviti memanggang ayam (BBQ) pada waktu malam.


 
 


Nasib baik kami memeriksa terlebih dahulu, dan akhirnya setiap bahan mentah yang kami bawa terpaksa dimasak dengan cara merebus sahaja. Ini adalah penting kerana si kecil pasti akan kelaparan sewaktu mandi manda, dan dapat mengisi perut masing-masing untuk terus berjuang di dalam kolam renang.



**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini, akan diteruskan ke bahagian yang kedua pula. Jumpa lagi pada post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment