Friday, 21 December 2018

10 Gram Tamarin Square Cyberjaya Review

Tahun ini majlis menyambut Hari Lahir saya agak meriah, kerana hampir kesemua team saya dapat hadir untuk meraikan sambutan ini. Agak terkejut juga saya apabila sudah awal-awal beritahu untuk makan tengah hari bersama-sama.

 

Lokasi yang mereka bawa saya untuk menyambut kelahiran saya pada tahun ini adalah di Restoran 10 gram yang terletak di Tamarin Square, Cyberjaya.

Apabila saya sampai disini, baru saya tahu mengapa ianya perlu dibuat tempahan terlebih dahulu, kerana memang ramai pekerja-pekerja di Cyberjaya datang disini untuk makan tengah hari.


~ 10 Gram Tamarin Square Cyberjaya Review - The Menu ~

 

Menu yang dipaparkan di Restoran 10 Gram ini mempunyai majoriti berunsurkan makanan barat, namun terdapat juga hidangan yang berunsurkan masakan tradisional yang boleh didapati disini. 

Memang sukar untuk membuat pilihan ketika pertama kali berada disini, namun bagi yang sudah kerap datang ke sini memang sudah tahu hidangan pilihan masing-masing kerana jumlah hidangan yang disediakan disini melebihi 50 jenis.

Tanpa membuang masa, saya teruskan dengan perkongsian makanan yang telah dipilih ketika menjamu selera disini.


~ 10 Gram Tamarin Square Cyberjaya Review - The Drinks ~

 

Apabila masing-masing sudah kelaparan, memang agak sukar bagi saya untuk mengumpulkan semua minuman yang telah dipilih oleh setiap orang, sampai siap ada yang kehausan dan ingin menghabiskan minuman tersebut.

Dengan keberkatan dan penuh dengan kesabaran, maka semua minuman dapat dikumpulkan seperti didalam gambar diatas. Harga untuk setiap minuman yang dipilih pula adalah seperti berikut.


Cappuccino Cold (RM 11.90 satu hidangan)
Caffe Latte Hot (RM 9.90 satu hidangan)
Kopi Tarik Cold (RM 4.90 satu hidangan)
Flavored Milk Cold (RM 10.90 satu hidangan)
Oreo Shake (RM 12.90 satu hidangan)


Memang melazatkan dan mengiurkan bagi setiap minuman yang disediakan di Restoran 10 Gram ini. Saya selaku peminat tegar Cappuccino Cold, apabila dibandingkan dengan minuman Iced Cappuccino yang boleh didapati di Starbuck, memang setara kesedapannya.


~ 10 Gram Tamarin Square Cyberjaya Review - The Foodies ~

 

Sudah tiba masanya untuk saya berkongsi dengan anda menu-menu pilihan kami yang hampir 10 minit membuat pilihan di Restoran 10 Gram ini. Meskipun terdapat 8 orang yang turut hadir secara keseluruhannya, namun ada yang mengambil hidangan yang sama kerana keliru untuk membuat pilihan.


 
 
Chicken Parmigiana~

Jika dibandingkan hidangan Chicken Parmigiana yang disediakan di Restoran 10 Gram ini dengan Restoran Secret Recipe, ternyata hidangan Chicken Parmigiana yang disediakan di Restoran 10 Gram ini menjadi juara.

Ini adalah diatas faktor cheese cair yang diletakkan diatas ayam goreng, menyebabkan ianya mengiurkan apabila ditarik (dan juga bagi mereka yang berdiet, hidangan ini memang tidak sesuai kerana menggemukkan).

Disertakan bersama-sama dengan hidangan ini adalah Salad (Coleslaw buatan sendiri), Jejari Kentang, dan juga sos mayonis. Tidak cukup dengan itu, bagi yang tidak dapat memisahkan sos cili ataupun sos tomato, maka terdapat satu bahagian yang menyediakan hidangan sampingan tersebut.

Harga bagi satu hidangan Chicken Parmigiana ini adalah RM 24.90 sahaja.


 
Grilled Chicken Chop with Fried Rice~

Hidangan ini pula adalah merupakan salah satu hidangan Fusion yang ditawarkan di Restoran 10 Gram ini, dimana ayam yang dipanggang memang sangat lembut disertakan dengan Nasi Goreng ala-ala Nasi Goreng Cina yang menyempurnakan selera mereka yang inginkan hidangan bernasi.

Selain daripada itu, hidangan ini juga turut disediakan bersama-sama Jejari Kentang dan juga Salad (Coleslaw) buatan sendiri. Harge bagi satu hidangan Grilled Chicken Chop with Fried Rice ini adalah RM 19.90 sahaja.


 
Grilled Lamb with Tomato Spaghetti~

Hidangan ini juga salah satu hidangan Fusion yang ditawarkan di Restoran 10 Gram, mempunyai gabungan Daging Kambing Panggang yang dihidangkan bersama-sama dengan spaghetti tomato.

Hidangan ini memang nampak menarik, namun dengan kuantiti yang disediakan kelihatan tidak berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Selain itu, hidangan ini juga disertakan dengan Jejari Kentang dan Salad (Coleslaw buatan sendiri).

Harga bagi satu hidangan Grilled Lamb with Tomato Spaghetti ini adalah RM 24.90 sahaja.


 
Red Beet~

Saya kurang pasti dengan hidangan ini, namun namanya seakan-akan memberikan satu tahap kepedasan yang sangat menakjubkan. Selain daripada itu, masakan ini juga kelihatan seperti masakan yang berempah, dengan kehadiran kuah seakan-akan kuah kari, dan juga sambal.

Harga untuk satu hidangan Red Beet yang disediakan disini adalah RM 13.90 sahaja.


 
Nasi Goreng Lacang~

Menurut kepada salah satu gadis yang mengambil hidangan ini, beliau menyatakan hidangan pada kali ini agak lain berbanding dengan hidangan yang sama dipesan olehnya sebelum ini. 

Hidangan pada kali ini kurang sedap jika dibandingkan dengan sebelumnya, kebarangkalian disebabkan ratio rempah ratus yang digunakan. Apabila saya rasa pun, memang kurang sedap.

Harga bagi satu set hidangan ini adalah RM 9.90 sahaja.


 
Pizza Ultimate~

Akhir sekali adalah hidangan yang dipesan oleh mak buyung kita, yang diberi nama Pizza Ultimate. Memang besar saiz pizza yang disediakan, dan amat sesuai untuk dikongsi dan dimakan beramai-ramai. 

Tambahan pula, ketebalan pizza ini sangat nipis, dan dipenuhi dengan pelbagai jenis sos, keju, sayuran dan lain-lain lagi. Rasanya pula sangat memuaskan, dan memang lazat.

Harga untuk satu set hidangan ini adalah RM 24.90 sahaja.


~ 10 Gram Tamarin Square Cyberjaya Review - The Dessert ~

 
Thick Cube Toast~

Sedang kami menikmati hidangan masing-masing, secara mengejutnya telah datang hidangan pencuci mulut yang telah dipesan oleh si gadis berdua ini. Agak terperanjat juga dengan tulisan yang dituliskan diatas, sehinggakan rasa sayang untuk dimakan.

Namun, setelah dipaksa untuk makan, maka saya pun memulakan upacara tersebut. Proses penyediaan hidangan ini ditunjukkan oleh cik gadis kita seperti dibawah.

 
 
Cuma tuang sahaja madu diatas roti, dan hidangan ini sudah sedia untuk dinikmati~

Harga untuk satu hidangan ini adalah RM 14.90 sahaja.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

1 comment:

  1. Tak tau pun kewujudan kedai ni. Akan masuk check list. Hehehe.

    ReplyDelete