Friday, 28 December 2018

Warung Tok Mat Mee Udang Tanjung Bungah Penang Review

Apabila berada di Tanjung Bungah, mencari makanan malam yang dapat memuaskan nafsu memang agak sukar lebih-lebih lagi mencari makanan yang special khususnya hanya boleh didapati di sini.

 

Oleh disebabkan kesukaran tersebut, kami terpaksa meminta bantuan daripada Pak Cik Google untuk mencari jamuan makan malam yang sesuai untuk kami yang berada di Tanjung Bungah ini.

Setelah beberapa kali melihat dan membuat perbandingan, maka kami telah bersetuju untuk merasai Mee Udang yang disediakan di Warung Tok Mat, Tanjung Bungah.


~ Warung Tok Mat Mee Udang Tanjung Bungah Penang Review - The Bumpy Road ~

 

Jalan menuju ke Warung Tok Mat Mee Udang ini memang penuh dengan cabaran, dimana lokasi kedai ini terletak lebih kurang 200 meter dari jalan utama. Meskipun tidak jauh, namun keadaan jalannya yang berlubang-lubang ini memang memanjangkan lagi perjalanan untuk sampai ke destinasi.

 

Selain daripada itu, jalannya juga agak sempit dan juga gelap. Maka, sekiranya terdapat kenderaan lain yang bertentangan arah melalui jalan ini, memang perlu bergerak lebih perlahan mahupun berhenti.

Namun, selain daripada beberapa perkara diatas, keadaan tempat letak kenderaannya agak luas dan dapat memuatkan hampir 20 kereta dalam satu masa.


~ Warung Tok Mat Mee Udang Tanjung Bungah Penang Review - The Warong ~

 

Warung Tok Mat ini terletak di tepi pantai, dimana pada waktu malam boleh terasa tiupan angin nyaman dari arah pantai. Namun, pencahayaan dari Warung Tok Mat yang agak malap ini memberikan suatu suasana yang unik, seperti berada di zaman dahulu.


~ Warung Tok Mat Mee Udang Tanjung Bungah Penang Review - The Menu ~

 

Disebabkan namanya Warung Tok Mat Mee Udang, maka mee udang adalah menu istimewa yang disediakan disini. Selain daripada itu, terdapat juga hidangan-hidangan lain yang turut disediakan disini yang berunsurkan goreng-goreng seperti nasi goreng, mee goreng dan lain-lain lagi.

Tanpa membuang masa, saya mulakan perkongsian menu utama saya; iaitu Mee Udang yang disediakan di Warung Tok Mat Tanjung Bungah ini.

 
Mee Udang Saiz Biasa RM 15.00; (Mee Lebih) RM 16.00~


Inilah rupa Mee Udang yang disediakan di Warung Tok Mat Tanjung Bungah, Pulau Pinang, agak berbeza dengan Mee Udang di kedai lain. Rasa supnya tidaklah terlalu pekat dimana ianya agak seimbang dengan kepedasan dan kemanisan hidangan Mee Udang ini.

Namun, apabila dibandingkan dengan Mee Udang yang saya pernah rasa sebelum ini, rasa Mee Udang disini tidak dapat menandingi rasa Mee Udang di Kuala Kurau.


 
Nasi Putih Ayam Kunyit~

Hidangan diatas pula merupakan hidangan sampingan yang telah dipesan, agak sesuai untuk dijadikan hidangan utama kanak-kanak kecil. Nasi putih, Ayam kunyit dan juga sup kosong sebagai kuah dimana ayam yang disediakan tidaklah begitu kering dan juga agak lembut.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment