Wednesday, 5 December 2018

Dorsett Hotel Putrajaya Review (Part 1)

Setelah kurun lamanya melalui kawasan ini, akhirnya sampai juga untuk menikmati menetap di Hotel Dorsett Putrajaya selama 2 hari dan 1 malam, semata-mata menghadiri sesi Mesyuarat Pentadbiran Tahunan bagi tahun 2018.

 

Bagi saya, ini adalah kali pertama mengadakan Mesyuarat Pentadbiran Tahunan di luar kawasan pejabat dan kami memang memerlukan sebuah lokasi untuk memerah keringat untuk bergerak maju kehadapan.

Jarak dari pejabat pun tidak jauh, mengambil masa kira-kira kurang daripada 15 minit sahaja.


~ Dorsett Hotel Putrajaya Review - The Main Lobby ~

 

Di Hotel Dorsett yang terletak di Putrajaya ini mengabungkan beberapa buah kedai seperti Starbucks serta beberapa pusat membeli belah seperti pasaraya HERO yang terletak di dalam bangunan yang sama.

Suasana di Lobi Utama Hotel Dorsett Putrajaya ini menggabungkan warna kekuningan dan coklat gelap, serta lampu kekuningan yang secara tidak langsung menimbulkan satu perasaan yang ala-ala kemewahan.

Setelah selesai membuat pendaftaran masuk, maka saya meneruskan perjalanan menuju ke bilik hotel yang telah ditetapkan.


~ Dorsett Hotel Putrajaya Review - Hotel Room ~

 

Disepanjang perjalanan saya menuju ke bilik di tingkat 5, tema warna yang dikenakan adalah gabungan warna putih krim dan merah maroon. 

Seterusnya adalah bilik yang disediakan di sini, dijelaskan menerusi beberapa gambar yang diambil dibawah.

 
Nombor bilik saya pada kali ini~

 
 
 
 
 
Suasana bilik Hotel Dorsett, ruangnya agak kecil berbanding hotel yang lain~

 
 
Bilik air yang disediakan di Hotel Dorsett Putrajaya~


Bagi saya, apa yang penting dan yang perlu ada bagi sesebuah bilik adalah baunya yang harum dan nyaman, menyambut kehadiran tetamu kedalamnya. Bilik ini, sememangnya sempurna!


~ Dorsett Hotel Putrajaya Review - Other Facilities ~

 

Selain daripada bilik hotel dan juga bilik mesyuarat, terletak di tingkat 9, terdapat empat (4) kemudahan yang menarik yang disediakan oleh pihak pengurusan; Swimming Pool, Gym, Spa dan juga Sky Lounge.

 
 

Di tatkala kesibukkan saya menghadiri mesyuarat disepanjang hari, saya hanya berkesempatan untuk mengambil gambar swimming pool sahaja, tidak mampu untuk terjun dan bermandi-manda.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Bagi post yang seterusnya, saya akan berkongsikan tentang hidangan dan makanan yang disediakan di Hotel Dorsett ini.

Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment