Friday, 14 December 2018

Lexis Hibiscus Hotel Port Dickson Review (Part 2)

Di dalam post bahagian yang kedua ini, saya akan berkongsi dengan anda perkara serta aktiviti yang saya tidak ceritakan di dalam bahagian yang pertama.

 

Selain daripada duduk bersahaja di dalam bilik dan bermandi-manda di kolam renang yang agak private (selain daripada harga hotel semalaman yang agak mahal), terdapat juga beberapa aktiviti yang boleh dibuat di Lexis Hibiscus Hotel Port Dickson ini.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan dengan anda bahagian kedua Lexis Hibiscus Hotel Port Dickson.



~ Lexis Hibiscus Hotel Port Dickson Review - Welcoming Drinks ~

 

Sebaik sahaja anda tiba dan mendaftar di kaunter pendaftaran, kupon untuk menikmati minuman percuma juga turut diberikan, dimana sebanyak 2 jenis hidangan minuman percuma dapat dirasai di Coralz Bistro ini.


 
Diantara minuman yang disediakan; Rosell dan Fruit Punch~

Selain daripada menikmati hidangan percuma di sini, terdapat juga beberapa makanan berbentuk aiskrim dan kek yang boleh dirasai, dan ianya tidaklah percuma. Berikut adalah beberapa jenis makanan ringan yang disediakan di Corals Bistro yang terletak berhampiran Lobi Utama.


 
 
Beberapa menu yang disediakan disini~

 
Oreo Cheesecake, RM 12.00 satu potongan (termasuk tax)~

Kami sebenarnya terlepas untuk menikmati hidangan disini, namun apabila kami mendaftar keluar di kaunter pendaftaran, pihak pengurusan hotel mengatakan bahawa kupon yang mereka sediakan masih boleh digunakan walaupun pada hari terakhir.


 

Oleh itu, sekiranya terlepas untuk menikmati jamuan ini, maka anda boleh menunggu keesokkan harinya untuk menggunakan kupon percuma itu.


~ Lexis Hibiscus Hotel Port Dickson Review - Breakfast Time ~


 

Lokasi untuk sarapan pagi pula dibuat di Roselle Coffee House, juga terletak berhampiran dengan Lobi Utama. Kawasan di dalam Roselle Coffee House ini agak besar, mampu memuatkan lebih daripada 100 pengunjung dalam suatu masa.


 

Pencahayaan adalah sangat penting apabila berada di kawasan yang besar serta terhalang daripada cahaya matahari memasuki kawasan dalam dewan ini. Memang banyak lampu yang menggunakan mentol warm light telah disediakan, bertujuan untuk menerangi kawasan sarapan pagi ini.


 

Seterusnya adalah koleksi gambar-gambar makanan yang disediakan sewaktu kami berada disini untuk bersarapan.


 
 
 
 
 
 
 
 

Waktu pembukaan Roselle Coffee House untuk bersarapan di Lexis Hibiscus Hotel Port Dickson ini bermula seawal jam 6.30 pagi, dan ditutup pada jam 1 petang. Untuk waktu terakhir untuk bersarapan pagi pula adalah pada jam 10.30 pagi (lebih kurang).

Setaraf dengan hotel yang diklasifikasikan sebagai hotel bertaraf 5 bintang, makanan yang disediakan disini juga mempunyai saturasa yang mampu membuatkan anda makan tanpa henti (antara salah satu faktornya adalah kerana telah membayar bilik yang agak mahal, maka balas dendam dengan makan banyak-banyak).



**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment