Thursday 6 August 2020

Batu Berendam Coconut Shake Review

Sebelum melabuhkan tirai sebelum lockdown sepenuhnya di Semenanjung Malaysia pada March 2020, sewaktu perjalanan pulang, kami singgah sebentar di Batu Berendam untuk menikmati Coconut Shake yang diwar-warkan setanding dengan Coconut Shake Klebang.


Coconut Shake Batu Berendam ini agak senang untuk ditemui, kerana lokasinya terletak di tepi jalan utama sahaja. Search sahaja Batu Berendam Coconut Shake dan anda pasti akan temuinya dengan mudah.

Dibuka setiap hari, waktu operasinya adalah bermula daripada jam 9.30 pagi sehingga 10.30 malam sahaja.


~ Batu Berendam Coconut Shake Review - The Coconut Shake ~


Coconut Shake Batu Berendam ini menyediakan tiga (3) jenis variasi Coconut Shake iaitu Coconut Shake Biasa, Coconut Shake Special dan Coconut Shake Double Special. 

Perbezaannya, untuk Coconut Shake Special adalah kehadiran Aiskrim Vanilla diatasnya. Untuk Coconut Shake Double Special, dua (2) scoop Aiskrim Vanilla. Harganya pula adalah RM 3.70 untuk Biasa, RM 4.20 untuk Special dan RM 4.70 untuk Double Special.


Inilah rupa Coconut Shake Biasa yang disediakan oleh Coconut Shake Batu Berendam, dimana rasanya juga hampir sama dengan Coconut Shake Klebang. Sedikit kekurangan tentang Coconut Shake Biasa ini, ianya kurang berlemak jika dibandingkan dengan Coconut Shake yang pernah saya rasai di tempat lain.


**********


Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jom balik dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment