Thursday 9 July 2020

9 Tempat bersejarah di Kota Madinah dan sekitarnya yang anda harus lawati

Salam sejahtera semua. Di bahagian ini, saya akan menggabungkan tempat-tempat bersejarah yang telah kami lawati ketika berada di Kota Madinah disepanjang sembilan (9) hari kami berada disini sewaktu menunaikan Ibadah Umrah pada tahun 2019.

 

Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di sekitar Kota Madinah, sama ada ianya terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi mahupun yang terletak di kawasan luar Kota Madinah (yang kebanyakkannya adalah tapak peperangan).

Tanpa membuang masa, di sini, saya kongsikan dengan anda koleksi edisi Tempat bersejarah di Kota Madinah dan sekitarnya untuk santapan hati.


~ Ziarah Dalaman Kota Madinah - No 1 : Masjid Nabawi ~

 

Masjid Nabawi ini merupakan Masjid tumpuan (atau Masjid Utama) bagi para jemaah yang menunaikan ibadah umrah untuk mendapat fadhilat dan pahala dengan mengerjakan solat sebanyak 40 waktu berturut-turut.

Untuk mengetahui tentang Masjid Nabawi ini, anda boleh membaca dua (2) bahagian melalui pautan dibawah.

(Masjid Nabawi : Bahagian 1, Bahagian 2)


~ Ziarah Dalaman Kota Madinah - No 2 : Pintu Babussalam (Bab As-Salam) ~

 

Pintu Babussalam (Bab As-Salam) merupakan lokasi pertama yang harus para jemaah lawati (ada juga yang mengatakan wajib dilawat) ketika pertama kali menunaikan solat fardhu di Masjid Nabawi.

Di sepanjang perjalanan Pintu Bab As-Salam ini, boleh kelihatan Taman Syurga (Raudhah) dan juga Makam Baginda Rasulullah s.a.w. Untuk mengetahui suasana di dalam Pintu Babussalam (Bab As-Salam) ini, boleh membaca bahagian melalui pautan dibawah.



~ Ziarah Dalaman Kota Madinah - No 3 : Raudhah (Taman Syurga) ~

 

Raudhah (atau Taman Syurga) adalah merupakan sebuah lokasi yang amat penting bagi umat Islam, dimana di Raudhah ini, para jemaah akan berkejar-kejar untuk berdoa kepada Allah s.w.t memohon petunjuk dan pertolongan daripada-Nya.

Bagi kami yang datang daripada Malaysia, terdapat masa yang sesuai untuk kami mengejar Raudhah ini, dimana saya kongsikan di pautan dibawah.



~ Ziarah Dalaman Kota Madinah - No 4 : Perkuburan Al-Baqi' ~

 

Perkuburan Al-Baqi' ini juga termasuk diantara salah satu lokasi yang harus dilawati oleh para jemaah yang melakukam ibadah Umrah di Kota Madinah, terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi.

Namun, sekiranya lawatan ke Tanah Perkuburan Al-Baqi' ini dilakukan seorang diri, memang akan merasa biasa dan tidak dapat mengenali kubur-kubur yang terdapat di dalam ini. Maka, penghayatannya pasti akan berkurangan.

Diharap, pautan dibawah ini serba sedikit dapat memberikan manfaat kepada para jemaah yang akan mengerjakan ibadah umrah kelak.



~ Ziarah Dalaman Kota Madinah - No 5 : Masjid Al-Ghamamah, Masjid Abu Bakar, Masjid Umar Ibnu Khattab dan Masjid Ali Ibnu Abi Thalib ~

 

Keempat-empat Masjid yang dimaklumkan dibahagian ini terletak di bahagian Barat Daya Masjid Nabawi, mempunyai sejarah-sejarahnya yang tersendiri.

Untuk mengetahui sejarah masjid-masjid ini dengan lebih terperinci, anda boleh membaca pautan yang telah dibahagi kepada dua (2) bahagian.


(4 Masjid : Bahagian 1, Bahagian 2)


~ Ziarah Luaran Kota Madinah - No 6 : Masjid Quba ~


 

Masjid Quba' ini merupakan Masjid yang pertama didirikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w setelah tiba di Kota Madinah sewaktu peristiwa Hijrah daripada Kota Mekkah.

Dua (2) bahagian telah berjaya dikongsikan, dimana boleh dibaca menerusi pautan dibawah ini.


(Masjid Quba : Bahagian 1, Bahagian 2)


~ Ziarah Luaran Kota Madinah - No 7 : Telaga Rauhah ~


 

Telaga Rauhah ini merupakan lokasi dinama Baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama dengan tentera Islam yang berjumlah lebih kurang 300 orang berehat seketika untuk mengisi bekalan air minuman, sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Badar.

Disini juga turut dikatakan sebanyak 70 para Nabi terdahulu pernah singgah di Telaga Rauhah ini sebelum meneruskan perjalanan mereka untuk menunaikan Ibadah Umrah di Kota Mekkah. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang telaga ini, boleh membaca melalui pautan dibawah.




~ Ziarah Luaran Kota Madinah - No 8 : Kota Badar ~


 

Berada di tapak peperangan pertama Umat Islam menentang Kaum Musyrikin Mekkah ini memang sangat berbeza dengan melihatnya melalui gambaran dan juga pengalaman yang diceritakan oleh para jemaah yang pernah melawati kawasan ini.

Sebagai perkongsian, saya ada berkongsi sedikit pengalaman saya ketika menyertai ziarah ke Kota Badar yang boleh dibaca melalui pautan dibawah.




~ Ziarah Luaran Kota Madinah - No 9 : Bukit Uhud ~


 

Bukit Uhud ini pula merupakan peperangan yang amat penting di dalam sejarah Umat Islam, dimana Tentera Islam pada kali ini telah menerima kekalahan bukannya disebabkan harta peninggalan peperangan namun disebabkan mereka menjangkakan bahawa peperangan tersebut telah tamat.
Melawat ke kawasan ini juga memberikan satu suasana yang sangat berbeza dengan melihat melalui gambar-gambar sahaja. Pautan dibawah telah disediakan bagi mereka yang ingin membaca tentang sejarah Bukit Uhud ini.




**********

Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment