Thursday, 9 April 2020

Umrah 2019 | Part 38 | Madinah | Jabal Uhud (Bukit Uhud)

Masya-Allah, saya tertinggal lagi satu bahagian berkenaan dengan Bukit Uhud (yang berlangsungnya peperangan Uhud) ketika kami melakukan Ziarah Luaran ketika berada di Kota Madinah.

 

Disebabkan masih lagi berada di dalam siri Umrah, maka saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi tentang Ziarah Luaran kami ke Jabal Uhud (atau dikenali sebagai Bukit Uhud).


~ Umrah 2019 | Part 38 | Madinah | Jabal Uhud (Bukit Uhud) - Mengingati Peperangan Uhud ~

 

Menurut kepada sejarah Islam, Peperangan Uhud adalah merupakan peristiwa yang harus kita jadikan sebagai teladan meskipun ianya adalah sejarah, dimana terdapat beberapa aspek yang harus kita ketahui disebalik sejarah Peperangan Uhud ini.

Peperangan Uhud ini berlaku pada tahun ketiga (ke-3) Hijrah, iaitu selepas penghijrahan Baginda Rasulullah dari Kota Mekkah ke Kota Madinah diantara tentera Islam dan tentera Musyrikin Mekkah.


 

Peristiwa ini berhubung rapat dengan kekalahan tentera Musyrikin Mekkah ketika peperangan Badar, dimana pada kali ini, Musyrikin Mekkah telah menghantar bala tentera mereka seramai 3,000 orang untuk menentang Umat Islam di Madinah.

Menyahut seruan peperangan ini, seramai 1,000 tentera Islam telah berjaya dikumpulkan untuk menentang ancaman ini, namun ketika di dalam perjalanan ke medan perang, Abdullah bin Ubai (yang merupakan ketua kaum munafiq) telah berjaya menghasut 300 tentera Islam untuk meninggalkan barisan hadapan.

Maka, hanya 700 orang tentera Islam sahaja yang akhirnya tiba dan berperang dengan kaum Musyrikin Mekkah ini.


 

Baginda Rasulullah telah menyusun strategi dimana Baginda telah membahagikan tentera Islam kepada beberapa bahagian; pasukan kiri dan kanan untuk melawan musuh dan pasukan pemanah seramai 50 orang telah diletakkan diatas Bukit Uhud. Maka peperangan tercetus dengan permulaannya perang tanding, yang dimenangi oleh Tentera Islam.

Menurut kepada sejarah di dala Buku Teks, peperangan ini telah dimenangi oleh Kaum Musyrikin Mekkah disebabkan tentera islam yang berpusu-pusu merebut harta peninggalan peperangan, namun ianya tidak benar.

Para pengkaji sejarah Islam telah memaklumkan bahawa para tentera Islam yang pergi berperang itu sendiri telah meninggalkan harta mereka di rumah masing-masing, maka kajian daripada buku teks tersebut tidak tepat, dengan mengejar harta-harta peninggalan peperangan.


 

Kisah sebenarnya, para saat tersebut, meskipun Baginda Rasulullah telah memaklumkan tentera pemanah untuk tidak turun daripada Bukit Uhud tersebut sehingga peperangan benar-benar tamat, apabila pemanah Islam telah melihat tentera Musyrikin Mekkah telah berundur dari medan peperangan, mereka beranggapan bahawa peperangan sudahpun tamat.

Itulah antara faktor dimana tentera pemanah Islam mengambil keputusan dimana peperangan telahpun tamat dan turun daripada Bukit Uhud tersebut, yang kemudiannya peristiwa sejarah yang kita ketahui iaitu dengan kekalahan Tentera Islam.


 
Kami bersama-sama para jemaah yang lain~

 
Mutawwif kami turut menceriakan keadaan dengan mengajar para peniaga bertutur didalam bahasa Malaysia~


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment