Thursday, 16 April 2020

Umrah 2019 | Part 40 | Mekkah | Masjid Namirah dan Padang Arafah

Ziarah Luaran kami diteruskan lagi, kini ke sebuah destinasi yang sangat terkenal kepada mereka yang menunaikan Haji iaitu Padang Arafah.

 

Di Padang Arafah yang dikatakan pada dahulunya adalah sebuah padang pasir, kini dibawah kerajaan Arab Saudi, banyak pembaharuan yang telah dilakukan demi keselesaan para jemaah yang akan menunaikan Ibadah Haji kelak.


~ Umrah 2019 | Part 40 | Mekkah | Masjid Namirah dan Padang Arafah - Padang Arafah ~

 

Padang Arafah yang terletak di timur Kota Mekkah ini mengambil masa kira-kira hampir satu jam untuk tiba dari Hotel kami dengan menaiki Bas Shuttle, dimana merupakan tempat para Jemaah Haji untuk menunaikan Rukun Wukuf.

Wukuf di Padang Arafah ini merupakan salah satu daripada Rukun Haji, bagi mengingati kembali peristiwa dimana Nabi Adam a.s dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga kerana mengingkari perintah Allah dan terpedaya dengan tipu daya Iblis.

Mereka telah dipisahkan di dunia ini selama 40 tahun, dan akhirnya bertemu di Gunung Arafah yang dikenali sebagai Jabar Rahmah (bermaksud Gunung Rahmat).

Melihat kepada keadaan terkini Padang Arafah, boleh dikatakan bahawa setiap lebih kurang 100 meter boleh didapati beberapa tandas awam yang disediakan bagi para tetamu Allah ketika mengerjakan Ibadah Haji.

Tumbuh-tumbuhan hijau juga sudah mula kelihatan di Padang Arafah ini, disepanjang jalan dan juga di bahu jalan.


~ Umrah 2019 | Part 40 | Mekkah | Masjid Namirah dan Padang Arafah - Masjid Namirah ~

 

Masjid Namirah ini pula terletak di Padang Arafah, yang mampu memuatkan lebih kurang 350 ribu para jemaah untuk menunaikan solat disini, berkeluasan lebih kurang 110 meter persegi dan mempunyai lebih daripada 60 buah pintu.

Masjid ini menurut kepada sejarahnya, dibina di Lembah Wadi Uranah pada tahun ke-dua (ke-2) Hijrah oleh seorang penguasa Abbasiyah.

Di sebelah barat Masjid terletaknya sebuah bukit kecil yang diberi nama Bukit Namirah, dimana nama Masjid ini kemudiannya dikenali sebagai Masjid Namirah.

Uniknya tentang Masjid ini, ianya hanya dibuka setahun sekali sahaja, iaitu pada bulan Haji~


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jupa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment