Lokasi yang seterusnya ketika melakukan lawatan di luar Kota Mekkah menemukan kami dengan sebuah tempat yang bersejarah, yang merupakan tempat persembunyian Baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar sebelum berlakunya peristiwa Hijrah.
Tempat yang bersejarah ini dinamakan Jabal Thur (atau Bukit Thur) yang terletak di bahagian selatan Kota Mekkah.
Terletak kira-kira 30 minit menaiki Bas yang telah disediakan oleh pihak travel agent kami, suasana di tempat letak kenderaan untuk mendaki Bukit Thur ini agak jauh dengan kawasan permulaan pendakian.
Menurut kepada gambar diatas, lokasi Bukit Thur adalah diantara bukit yang tertinggi di selatan Kota Mekkah, kira-kira 470 meter daripada aras laut.
Melihat kepada sejarah Islam, Baginda Rasulullah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar telah menyembunyikan diri daripada kaum Musyrikin Mekkah yang ingin membunuh Baginda Rasulullah ketika waktu malam, dimana telah digantikan tempat tidur Baginda oleh Saidina Ali Abi Thalib.
Ini merupakan peristiwa sejarah Islam yang paling besar kerana penyembunyian Baginda Rasulullah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar ini mencetuskan peristiwa Hijrah Baginda Rasulullah dari Kota Mekkah ke Kota Madinah.

Peristiwa lain yang berlaku ketika peristiwa ini, adalah ketika Kaum Musyrikin Mekkah telah menetapkan barang siapa yang dapat membunuh Baginda Rasulullah, akan ditawarkan 100 ekor unta, yang menyebabkan ramai kaum Musyrikin Mekkah mencari Baginda Rasulullah sehingga ke Jabal Thur.
Sejarah juga telah menyatakan bahawa ketika pencarian tersebut, pihak musyrikin mengatakan ianya mustahil bagi Baginda Rasulullah untuk bersembunyi di Jabal Thur sehingga mereka mendengar suara (yang dikeluarkan oleh cicak), yang menyebabkan mereka terus mencari Baginda Rasulullah di Jabal Thur.
Dengan keizinan Allah s.w.t, demi menyelamatkan Islam, maka labah-labah pun telah membuat sarang di pintu gua yang terletak di Jabal Thur, yang menimbulkan kekhuatiran kepada kaum Musyikin yang sedang mencari Baginda Rasulullah tentang penghuni gua tersebut.
Inilah sejarah disebalik peristiwa yang penting di Jabal Thur, menjadi renungan kita bersama.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~

**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment