Monday, 13 April 2020

Umrah 2019 | Part 39 | Mekkah | Masjid Hudaibiyah (Lokasi Miqat)

Lokasi ziarah kami yang seterusnya adalah salah sebuah lokasi untuk para jemaah menunaikan Umrah dengan memasangkan niat untuk menunaikan Umrah, iaitu Miqat Hudaibiyah.

 

Namun, selain daripada merupakan salah sebuah lokasi Miqat, Masjid Hudaibiyah ini juga merupakan salah satu daripada lokasi penting di dala sejarah Islam, dimana termaktubnya perjanjian Hudaibiyah yang membenarkan Umat Islam untuk datang ke Mekkah bagi menunaikan Ibadah Haji.


~ Umrah 2019 | Part 39 | Mekkah | Masjid Hudaibiyah (Lokasi Miqat) - Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah ~

 

Pada tahun keenam (ke-6) hijrah, Baginda Rasulullah bersama-sama dengan 1,400 umat Islam Madinah telah menuju ke Mekkah bagi menunaikan Ibadah Haji. Apabila Kaum Musyrikin Mekkah mengetahui tentang hal ini, mereka telah mengantar wakil untuk bertemu dengan Rasulullah di sebuah tempat yang diberi nama Hudaibiyah.

Baginda Rasulullah telah menghantar Saidina Uthman Bin Affan ke Mekkah bagi menjelaskan tentang tujuan kehadiran rombongan tersebut, namun Baginda mendapat khabar berita bahawa Saidina Uthman Bin Affan telah dibunuh (perkara sebenar, Saidina Uthman hanya ditawan oleh pihak Musyrikin Mekkah).

Mendengar khabar berita tersebut, umat Islam telah berikrar kepada 'Baiah ar Riduan' untuk menuntut bela keatas kematian Saidina Uthman bersama-sama dengan Baginda Rasulullah di bawah sepohon pokok.


 

Mendengar berita tentang Baiah tersebut, Kaum Quraish telah menghantar utusan untuk memeterai perjanjian yang dinamakan Perjanjian Hudaibiyah. Antara pengisian perjanjian tersebut adalah;

1. Gencatan senjata selama 10 Tahun.
2. Orang Islam dibenarkan memasuki Mekkah pada tahun berikutnya, tinggal di Mekkah selama 3 hari sahaja dan hanya dibenarkan membawa senjata bersarung.
3. Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
4. Orang Quraish yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
5. Orang Islam yang lari ke pihak Quraish tidak perlu dikembalikan.


Selain daripada Masjid Hudaibiyah yang menjadi lokasi utama para jemaah bermiqat, di kawasan belakang Masjid ini boleh dilihat tempat (lokasi) dimana perjanjian ini dimerterai. Namun, saya tidak dapat untuk melihat lokasi ini disebabkan kami bergilir-gilir menjaga anak-anak di dalam bas.


 

Kini, di sekitar kawasan ini sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis bangunan dan kedai-kedai yang menjual barangan dan produk tempatan seperti kain-kain, buah-buahan tempatan, dan lain-lain lagi.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment