Monday, 20 April 2020

Umrah 2019 | Part 41 | Mekkah | Jabar Rahmah

Apabila berada di Padang Arafah, pihak travel agent kami juga berkesempatan membawa kami sekumpulan melawat ke Jabar Rahmah (atau dikenali sebagai Gunung Rahmah) yang terletak tidak jauh dari Masjid Namirah.

 

Perjalanan daripada Masjid Namirah ke Gunung Rahmah ini hanya mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja dengan menaiki Bas.



~ Umrah 2019 | Part 41 | Mekkah | Jabar Rahmah - Sejarah Jabar Rahmah ~

 

Apabila terpisah selama 40 tahun di dunia dari syurga, Nabi Adam dan Hawa akhirnya bertemu di Jabar Rahmah (untuk mengetahui sejarah sebelumnya, boleh lihat post Masjid Namirah dan Padang Arafah).

Meskipun ramai yang beranggapan bahawa lokasi ini amat sesuai untuk berdoa supaya bertemu jodoh, namun hakikatnya bukan matlamat yang sebenar.

 

Menurut kepada Mutawwif, Jabar Rahmah adalah salah satu atau sebahagian daripada kawasan Padang Arafah yang menjadi tempat wukuf para jemaah Haji, sebagai persiapan kerana keadaan wukuf ketika musim Haji amat mencabar.

Ada dikalangan jemaah kumpulan kami yang memanjat Jabar Rahmah untuk berdoa, namun menurut kepada Mutawwif, doa boleh dibuat walaupun di dalam lingkungan 50 meter dari puncak gunung.

Yang paling penting, apabila ingin berdoa, bukannya menghala ke Jabar Rahmah, tetapi menghala ke arah Kiblat (INI SANGAT PENTING!)

Di Jabar Rahmah juga terdapat beberapa tandas awam yang disediakan bagi para tetamu atau para jemaah haji bagi melepaskan hajat masing-masing, termasuk mengambil semula wuduq yang telah terbatal.

 
Tandas awam yang telah disediakan~


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment