Sewaktu kami beransur pulang dari Padang Arafah untuk menunaikan Ibadah Umrah, sebelum tiba di Masjid Jaaranah, kami telah melalui sebuah kawasan yang penuh bermakna bagi memperingati peristiwa Haji.
Merujuk kepada gambar diatas, terdapat sebuah bangunan berkubah yang terletak diatas bukit, dikatakan mengikut sejarah Islam terdahulu, lokasi tersebut telah menjadi saksi pengorbanan Nabi Ismail a.s.
Gambar yang hanya dapat diambil ketika berada di dalam Bas~
Setelah menerima wahyu, Nabi Ibrahim a.s telah memberitahu anaknya, Nabi Ismail tentang wahyu yang diterimanya. Nabi Ismail dengan rela hati memberitahu ayahnya Nabi Ibrahim untuk menunaikan wahyu tersebut kerana ianya adalah merupakan perintah Allah s.w.t.
Bangunan diatas, menurut kepada Mutawwif yang membawa kami, adalah lokasi dimana Allah s.w.t telah menukarkan Nabi Ismail a.s dengan seekor kibas sebelum upacara pengorbanan berlangsung.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian ringkas saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment