Thursday, 30 April 2020

Umrah 2019 | Part 43 | Mekkah | Jamratul Aqobah

Ketika perjalanan pulang selepas melawat Padang Arafah, kami telah diberi pendedahan awal oleh Mutawwif kami tentang keadaan Jamratul Aqobah, meskipun kami hanya dapat melihatnya dari dalam bas sahaja.

 

Inilah rupa pemandangan Jamratul Aqobah yang dapat kami lihat dari dalam Bas, dimana ketinggiannya yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah setinggi lebih daripada empat (4) tingkat.


~ Umrah 2019 | Part 43 | Mekkah | Jamratul Aqobah - Disebalik Jamratul Aqobah ~

 
Rupa ketiga-tiga dinding (dalam bulatan) di Jamratul Aqobah~

Melontar Jamrah adalah sebahagian daripada ibadah Haji yang wajib dilakukan oleh setiap para jemaah Haji yang melaksanakan Ibadah Haji pada bulan Zulhijjah.

Padaa Hari Raya Aidul Adha, para jemaah haji harus melontar satu daripada Jamratul Kubro (atau dikenali sebagai Jamrah Besar) dengan tujuh biji batu.

Selepas selesai melakukan ibadah melontar, para jemaah haji boleh melakukan tahalul awal atau mencukur rambut, dimana mereka perlu melakukan lontaran setiap tiga (3) jamrah dengan tujuh batu setiap satunya, dari arah timur ke barat.

Nama-nama jamrah tersebut adalah Al-Jamrah Al-Ula (dari timur), Al-Jamrah Al-Wusta' (terletak di tengah-tengah), dan yang barat digelar Al-Jamrah Al-Kubra'.

Pada tahun 2004 dan sebelumnya, ketiga-tiga jamrah tersebut adalah merupakan sebatang tiang sahaja, namun selepas tahun 2004, kerajaan Arab telah mengantikan tiang dengan tembok sepanjang 26 meter demi keselamatan para jemaah haji yang lain.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment