Thursday, 2 April 2020

Umrah 2019 | Part 36 | Mekkah | Camel Farm

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah kami lawati ketika berada di bumi Mekkah ini, dimana aktiviti-aktiviti yang disediakan ini sudah termasuk di dalam pekej yang disediakan oleh pihak travel agent. 

 

Kini, sudah tiba untuk saya berkongsi tentang aktiviti lawatan yang telah kami ikuti disepanjang kami menunaikan ibadah Umrah ini, dimana post yang pertama ini adalah lawatan ke Ladang Unta.


~ Umrah 2019 | Part 36 | Mekkah | Camel Farm - Perjalanan ke Ladang Unta ~

 

Perjalanan ke Ladang Unta yang telah dijadualkan oleh pihak travel agent mengambil masa kira-kira hampir 45 minit sebelum sampai ke destinasi dengan menaiki Bas Coach, yang merupakan salah satu daripada beberapa destinasi yang telah ditetapkan oleh mereka.

 

Disebabkan oleh Jetlag, anak-anak kami yanag masih kecil terpaksa kami angkut kerana setiap perjalanan yang telah dirancang oleh pihak travel agent biasanya bertolak seawal jam 8 pagi waktu tempatan di hotel penginapan.

 

Setelah menunggu selama hampir 45 minit, maka kami pun tiba ke lokasi yang dituju.


~ Umrah 2019 | Part 36 | Mekkah | Camel Farm - Ladang Unta ~

 

Meskipun ianya diberi nama sebagai ladang unta, namun ianya bukanlah seperti ladang-ladang besar yang menternak haiwan-haiwan peliharaan seperti lembu mahupun ayam.

Ladang unta di Mekkah ini sangat simple, dimana tuan empunya ladang hanya memasang lingkaran dawai besi yang berduri mengelilingi unta-unta peliharaannya, bagi mengelakkan unta-unta tersebut daripada terlepas dari lokasi mereka.

Apa lagi, cubaan memegang unta juga turut dilakukan~


 
 
 
Irfan yang kelihatan agak takut untuk memegang unta pada awalnya, dan akhirnya beliau dapat juga memegang unta tersebut~

Di ladang unta ini, selain daripada dapat melihat unta-unta dari jarak yang dekat, terdapat juga para peniaga yang berniaga di kawasan ini, dimana terdiri daripada susu unta, bijiran, kerepek, dan lain-lain lagi.


 
Susu unta Fresh~

 
Bijiran dan kekacang yang turut dijual di sini~

 
Kain-kain buatan tempatan seperti selendang juga turut boleh didapati disini~

Namun, terdapat juga beberapa tips yang telah diberikan kepada kami dimana tidak membeli susu unta segar yang dijual disini, kerana kebersihannya dikhuatiri.

Setelah berada di ladang unta ini selama 30 minit, maka kami pun terus menaiki kenderaan yang telah disediakan untuk dibawa ke lokasi yang lain.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment