Lokasi Miqat yang ketiga (ke-3) yang dibawa oleh travel agent kami adalah di Masjid Jaaranah, yang terletak di timur laut Masjidil Haram.
Namun, disebabkan atas nasihat Mutawwif yang tahu bahawa kawasan Masjid Jaaranah ini memang penuh dengan para jemaah yang ingin mengerjakan Umrah, maka kami hanya berniat untuk melakukan ibadah Umrah di atas bas sahaja.
Terdapat sejarah yang tersendiri berkenaan dengan Masjid Jaaranah ini, dimana masjid ini telah menjadi saksi Baginda Rasulullah s.a.w bermiqat sebelum melakukan melakukan Umrah.
Sejarah terdahulu, lokasi ini tercatat satu peristiwa dimana Baginda Rasulullah s.a.w hampir-hampir diracun oleh pihak musuh, dimana sebuah perigi telah dicampurkan dengan racun dan diberi kepada Baginda Rasulullah s.a.w untuk diminum.
Namun, Malaikai Jibril memberitahu kepada Baginda Rasulullah s.a.w tentang kandungan isi perigi tersebut dan tidak membenarkan Baginda Rasulullah s.a.w untuk mengambil air tersebut.
Kini, perigi tersebut telah ditutup oleh kerajaaan Arab bagi keselamatan para jemaah yang hadir dan bermiqat di Masjid Jaaranah ini.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment