Thursday 21 May 2020

Umrah 2019 | Part 48 | Mekkah | Rashed Hussien Rose Factory Taif

Selain daripada lokasi bersejarah iaitu Masjid Ibnu Abbas dan juga Pasar Buah-buahan Segar di Taif, terdapat sebuah lagi tempat yang agak unik, yang dibawa oleh pihak travel agent bagi para jemaah yang mengikuti rombongan ini.

 

Tempat tersebut, tidak lain dan tidak bukan, adalah merupakan sebuah kilang memproses barangan daripada bunga Ros yang diberi nama Rashed Hussien Rose Factory.


~ Umrah 2019 | Part 48 | Mekkah | Rashed Hussien Rose Factory Taif - The Inner-side of the Rose Factory ~

 

Kilang pemprosesan bunga ros ini adalah diantara kilang yang agak terkenal dikalangan para jemaah Umrah yang datang ke Taif, selain daripada menghayati sejarah silam Baginda Rasulullah s.a.w di dalam menyebarkan agama Islam.

 
 

Di pintu masuk ke dalam ruang kilang bunga ros ini, kami dihidangi dengan Teh Bunga Ros (baunya sangat harum, seperti bunga ros) yang diperbuat di kilang ini. Rasanya memang sedap, dan boleh diminum sehingga kenyang (tapi agak kurang sopan ya disitu jika datang dan minum sehingga kenyang).

 
 

Maka, sementara menunggu untuk minuman Teh Ros ini habis diminum, boleh lah melihat sejarah penubuhan kilang ros Rashed Hussien ini melalui TV yang telah disediakan di kawasan menunggu.

Menurut kepada siaran TV yang ditunjukkan, pemprosesan bunga ros ini dibahagi kepada beberapa bahagian yang penting. Berikut adalah beberapa proses pengilangan yang penting demi menghasilkan pati ros.

 
 
Proses yang pertama~

Proses yang pertama ini melibatkan pengekstrakan pati bunga ros daripada beribu-ribu bunga yang dimasukkan ke dalam mesin ini. Bunga-bunga ros yang dimasukkan kedalam mesin ini akan dibakar dan dikacau sehingga setiap satu helaian bunga ros tersebut menjadi lembut dan mengeluarkan ekstrak bunga ros yang pertama.


 
 
Proses yang kedua~

Proses yang kedua ini lebih kepada pengektrakkan bunga ros bagi membezakan jenis-jenis yang akan digunakan setelah selesai pengekstrakkannya. Diantaranya, hasil daripada proses ini akan dibuat sabun, minyak wangi, dan beberapa barangan kosmetik yang lain.


 
Hasil daripada proses yang kedua~

Bagi menghasilkan beberapa jenis dan variasi produk yang berasaskan pati bunga ros ini, bilangan kandungan (nisbah) yang digunakan juga berbeza. Ada yang mengunakan nisbah yang lebih tinggi bagi menghasilkan pati yang lebih wangi bagi tujuan minyak wangi, dan lain-lain lagi.


 
 
 

Hasil daripada barangan kilang ros ini juga boleh turut dibeli di pintu keluar kilang (dan juga merupakan pintu masuk kilang), dimana kebanyakkan para pelawat yang melawat kilang ini sudah semestinya akan mencari beberapa barangan untuk dipakai dan dibawa pulang.


~ Umrah 2019 | Part 48 | Mekkah | Rashed Hussien Rose Factory Taif - The Outer-side of the Rose Factory ~

 

Di kawasan bersebelahan dengan Rashed Hussien Rose Factory ini terdapat sebuah taman yang disediakan kepada para pelawat untuk berehat dan menenangkan fikiran sambil menikmati teh bunga ros yang disediakan.


 
 

Kawasan ini terletak di dalam sedikit daripada pintu masuk ke Kilang Ros, mempunyai beberapa lokasi enarik seperti Gazebo dan juga taman bunga ros.

Dengan keadaan yang agak sejuk (berada di tempat tinggi), meskipun cuacanya panas tetapi ianya kurang disebabkan suasananya yang agak sejuk dengan tiupan angin bukit.


 
 
 

Selain daripada itu, terdapat juga peniaga-peniaga kecil yang berniaga di kawasan luar pintu Kilang Ros Rashed Hussien ini, terutamanya kekacang dan juga makanan manisan seperti coklat arab, dan lain-lain.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment