Thursday, 7 May 2020

Umrah 2019 | Part 45 | Mekkah | Edisi Khas - Jabal Nur (Bukit Nur)

Diantara beberapa Jabal (Bukit) yang amat penting di dalam sejarah Islam, Jabal Nur adalah sebuah bukit yang paling penting di dalam sejarah Islam dimana Baginda Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama disini.

 

Disebabkan terdapat jemaah yang ingin menghayati pengorbanan Baginda Rasulullah s.a.w di dalam menyebarkan agama islam, maka beberapa jemaah daripada kumpulan kami telah bersepakat untuk memanjat Jabal Nur (Bukit Nur) ini.


~ Umrah 2019 | Part 45 | Mekkah | Edisi Khas - Jabal Nur (Bukit Nur) - Menghayati Jabal Nur ~

 

Melihat dari jauh sahaja tidak mencukupi bagi kami yang ingin menghayati pengorbanan Baginda Rasulullah s.a.w untuk mengembangkan dan menyebarkan umat Islam di muka bumi ini.

Sehingga para jemaah daripada kumpulan kami telah bersepakat untuk mendaki Jabal Nur (Bukit Nur) dengan membayar sedikit tambang Bas bersama-sama, dimana penerokaan Jabal Nur ini dibuat selepas selesai Solat Isya' di Masjidil Haram.


 

Disebabkan lorong jalan yang agak sempit bagi sesebuah bas untuk lalu dan sampai di tapak kaki Jabal Nur, maka kami hanya berjalan kaki sahaja dari jalan utama sehingga ke tapak kaki Jabal Nur (kira-kira hampir 100 - 150 meter).

Meskipun jaraknya kelihatan seperti dekat, namun apabila perjalanan tersebut di dalam keadaan mendaki, terasa juga kaki ini mula kesakitan.



 
 
Pemandangan tapak kaki Jabal Nur~

Maka, seawal jam 9.45 malam waktu tempatan, kami sekumpulan memulakan pendakian kami ke puncak Jabal Nur.



 
Pemandangan Kota Mekkah dari perhentian pertama~

 
Pemandangan Kota Mekkah dari perhentian ketiga (ke-3)~

Jika ingin dikhabarkan pengalaman mendaki Jabal Nur ini, semuanya berjalan agak lancar sehingga di perhentian yang kedua (ke-2), namun apabila ingin meneruskan pendakian dari perhentian ini sangat menguji kekuatan kaki.

Saya hampir beberapa kali ingin berputus-asa kerana keadaan kaki yang agak sakit akibat mendaki Jabal Nur ini (kesakitan akibat muscle constraint dan torn).

Saya amat beruntung kerana yang mendaki bersama-sama dengan saya adalah Fadhlullah dan adiknya, sentiasa memberi kata-kata semangat kepadaku untuk teruskan perjuangan mendaki Jabal Nur ini.

Memang banyak kali juga berhenti, dan mereka sentiasa menemani saya setiap masa. Saya sangat-sangat terhutang budi pada mereka.



 
 
 
Keadaan di puncak Jabal Nur~

Alhamdulillah, setelah hampir 45 minit mendaki, kami tiba juga di puncak Jabal Nur. Apabila tiba, memang hanya satu sahaja yang bermain difikiran saya, melihat pemandangan daripada puncak Jabal Nur ini sendiri.



 
 
 
Pemandangan sekeliling Kota Mekkah dari puncak Jabal Nur~

Di tatkala tengah malam yang sejuk di puncak Jabal Nur, terlihat keindahan cahaya-cahaya lampu Kota Mekkah (dan dapat kelihatan juga Menara Jam dari sini) secara tidak langsung keletihan pada kaki terus hilang.


~ Umrah 2019 | Part 45 | Mekkah | Edisi Khas - Jabal Nur (Bukit Nur) - Menghayati suasana Gua Hira' ~


 

Apabila tiba di puncak Jabal Nur, terlihat Gua Hira' yang menjadi saksi bisu turunya wahyu yang pertama kepada Baginda Rasulullah s.a.w, yang dikerumuni oleh para jemaah yang lain.

Pada awalnya, memang terasa tidak ingin untuk masuk ke kawasan tersebut, namun apabila diajak dan dipujuk oleh rakan jemaah yang lain, maka saya pun turut serta menyertai mereka untuk melihat Gua Hira' dengan lebih dekat.



 
 
Lorong penghubung puncak Jabal Nur dengan Gua Hira'~

Untuk ke Gua Hira', daripada puncak Jabal Nur, kami harus melalui sebuah lorong kecil yang sempit, dimana hanya boleh dilalui seorang demi seorang sahaja. 

Dengan keadaan yang agak gelap, bagi memastikan keselamatan, kami membuka lampu suluh dari telefon bimbit kami untuk menerangi jalan dan tempat yang akan kami pijak.


 

Setelah beberapa jemaah keluar dan masuk, akhirnya tiba giliran kami untuk melalui jalan ini.


 
 
 
 
Keadaan Gua Hira' dalam keadaan yang lebih dekat~

Alhamdulillah, penantian kami yang lama ini akhirnya berbuahkan hasil, dimana kami sekumpulan dapat menunaikan solat sunat (bagi yang masih berwuduq) dan ada juga yang dapat berdoa di dalam Gua Hira' ini.



**********

Sampai disini sahaja perkongsian khas saya berkenaan dengan pendakian Jabal Nur serta keadaan Gua Hira' yang menjadi tempat Baginda Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama. Semoga post ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment